Sudah agak lama wa tak buat entry edisi melanggang perut. Kali ni wa melenggang perut di Subway IOI Puchong. wa pekena Sandwich Turkey Breast Subway. ( Pherghhh !! sedap gilerr wa cakap sama lu ... he33 ). Harga yang dikenakan selepas cukai adalah RM18.25 ( rabak poket ... kui33 ). Sekali sekala melayan tekak apa salahnya kan. Pada yang tengah kering poket tu, jangan memandai mandai bawa gf makan dekat sini. Tapi kalau gf yang nak belanja apasalahnya kan ... :P
Sesiapa yang belum pernah singgah tu wa nak tunjuk ajar sikit macam mana nak order sandwich subway ni. Bukan apa wa masa pertama kali wa singgah sini wa sudah terkena. wa ingat order dekat kaunter macam pizzahut tu ( order sambil tunjuk gambar ... he33 ). Tapi dekat subway kena pilih sendiri dari roti sampailah ke toppings ( veggie ).
1. Memula sekali anda kena pilih roti :
- Wheat ( Wholemeal )
- Harvest Wheat - wa pilih yg ni
- Italian ( Baguette )
- Parmesan Oregano
2. Langkah kedua kena pilih fillings
- Turkey Breast - wa pilih yg ni tadi
- Turkey Breast & Turkey Ham
Masa ni kena beritahu yang jaga kaunter tu jika anda nak add on. Contoh nya nak extra meat or tambah cheese ke. Macam biasa lah kalau tambah tu, harganya pun bertambahlah juga ya
3. Langkah ke tiga anda kena pilih toppings ( veggie ) :
4. Dan langkah terakhir anda kena pilih sos :
Kemudian bayarlah dikauter. Air kena isi sendiri. Kalau nak refill kana tambah seringgit. Kalau baca entry saja tak seronokkan. Kita layan gambar lunch wa di subway ... he33
Air coke + sandwich + cookies
Buka jer terus gigit. x bleh tahan. lepas tu baru amek pic :P
Gambar dekat. meleleh air liur weiii .... he33
cookies yang manisss :P