12 May 2011
Rabak Lagi Poket
Rembesan Idea :
wachak
Pada :
11:27 PM
Kadang-kadang rezeki kita murah dan kadang kadang tu Dia tarik sikit rezeki kita. Redha saja lah dengan dugaan yang diturunkan. Semoga selepas ini rezeki wa murah. amin
Hari ini motor wa buat hal lagi. Selepas enam hari menjalani pembedahan menggantikan jantung baru ( piston ) hari ini buah pinggan 'dia' gagal berfungsi sepenuhnya. Kesian bila melihat 'dia' tercungap-cungap sebelum terus koma pada tengahari tadi. Lebih kesian dan terlebih cungap adalah wa, bila kena tolak 'dia' tu hampir 5km ke workshop yang berdekatan. Jangan risau. Belum pernah sekali pun wa tinggalkan 'dia' ditepi jalan keseorangan menanggung kesakitan.
Semoga lepas ni 'dia' sihat dan boleh bawa wa laju laju kembali. Highway Bukit Jalil, jaga-jaga, wa datang ... prem premmmm ... aiyok !!
Seisi pembedahan sedang dijalankan bagi mengeluarkan buah pinggang yang telah rosak.
Pembedahan berjaya. Buah pinggang yang rosak telah selamat dikeluarkan.
ps : RM569 + RM40 ( Battery ) + RM170 = RM779 .... WOW !!
pss: Hargailah kepada orang yang pandai menghargai diri anda. Sekian terima kasih.
psss : Nak rehat barang sehari dua dari arena maya. Penat woo tolak motor tadi ... kui33
12 comments
Ayat nak dekat last last tu ape pasal entah macam pernah dengar jek. =.=
Okay laa. Exercise sikit, kasi salur darah jalan elok, blood pressure kasi turun. Kalau boleh, lain kali, tolak motor, jalan kaki, wat selalu konpem sehat dan gagah perkasa. =p
Selamat berehat. Rehat-rehatkan apa yang patut okay. Don't worry, be happy. Haha. Kami semua akan menanti kepulangan anda. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)