18 January 2012

Wordless Wednesday - First Time


ps : Rasa boleh tahan atau tak menahan rasanya  ...
04 January 2012

Menu Wajib Sebelum Solat Jumaat



Lokasi : Berhadapan Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara. Lepas ni sudah tak dapat nak menikmatinya lagi sebab wa  tidak lagi bekerja di area Puchong. Pasti merindui keenakkan Nasi Ayam Percik ini kerana pada setiap hari jumaat sebelum solat jumaat, inilah menu utama yang wa cari untuk makan tengahari.

02 January 2012

Mascot Terbaru KFC 2012





    Cuti tahun baru ni wa tidak pergi kemana pun. Sekadar mengisi masa dengan meronda ronda di pusat membeli belah. Hati teringin memilikki sebuah handphone baru bagi mengantikkan model lama Nokia N96. Pada awalnya nak cari smartphone model HTC Wildfire S. Tapi masa servey siang tadi model handphone HTC ni tidak ada dikebanyakkan kaunter yang menjual handphone. Yang paling banyak dipamerkan adalah model Samsung. Sempat juga membelek model Samsung Galaxy Wonder. Kalau tidak kuat semangat tadi memang sudah di beli Samsung Galaxy W tapi oleh kerana belum lagi berkesempatan untuk melihat model HTC Wildfire S secara dekat, wa batalkan dulu niat nak membeli handphone baru. Sesiapa yang telah memilikki handphone salah satu model yang dinyatakan diatas, tolong bagi pendapat sikit diruangan komen. TK
      Panjangnya mukadimah entry kali ni. Letak gambar lain tapi bercerita hal lain ... he33.  Sebenarnya wa nak sentuh bab KEBERSIHAN. Hilang selera makan wa bila tengah makan terpaksa berebut dengan lalat. Sebelah tangan menyuap makanan dan sebelah lagi terpaksa mengibas ngibas untuk menghalau lalat. Kalau seekor dua tidak mendatangkan kegelisahan tapi bila dah banyak tu, faham faham saja lah. Pada pihak yang menjalankan perniagaan makanan ni, tolonglah beri perhatian kepada kebersihan premis perniagaan anda.
01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

       Pejam celik pejam celik dah tiba tahun baru. Suka tidak suka kita terpaksa juga meninggalkan tahun 2011. Terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang wa berblogging tahun ini. Semuanya itu mematangkan lagi wa bagi membuat segala tindakkan dan keputusan dimasa yang akan datang. Terima kasih juga kepada pengunjung / teman teman dan para sahabat yang sudi berkunjung ke blog Republic guaOtai ni. Semoga tali silatulrahim yang terbina diantara kita semua terus kekal buat selamanya.
        
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012