04 November 2009

Abah Dan Ubat



PC wa ada problem. Jadi balik rumah abah dan bagi adik wa format balik. Tukar OS dari Vista ke XP. Bukan tak boleh hantar kedai tapi wa takut nanti data dalam cpu wa tu di godek habis. Bahaya tu lebih-lebih lagi semua data penting termasuk aktiviti perbankkan secara online wa ada dalam cpu tu.
Masa tengah dok tengok adik lelaki wa godek cpu tu terdengar suara adik perempuan wa dok mengomil. dari luar bilik. Jadi wa pun tanya apalah kenapa ? 'Abah makan ubat gi buka 'kapsul' nyer. mana tak herot muka menahan rasa pahit bila makan ubat tu ' terang adik perempuan wa. Kenapa abah tak telan ubat tu sekali dengan 'kapsul' nyer tanya wa untuk kepastian. Abah kata bila makan ubat ber 'kapsul' ni nanti tak hancur boleh terbelit dalam perut terang adik perempuan wa. Alahai abah wa .... sapalah yang dah buat penerangan yang seumpama itu pada abah wa. Nak wa seligi kepala orang tu. Terus wa cakap dekat adik perempuan wa ~ ' biarkanlah ajer abah tu. Bila umur dah meningkat memang macam tu. Kalu kita terlebih cakap karang nanti abah kecil hati. ' Iya ' kan ajer apa yg abah kata' . wa kesian kat abah. Ada menghidap darah tinggi dan kencing manis. Sekarang ni dah jadi doktor sendiri. Kena inject ubat untuk kencing manis tu sendiri kat perut. Seingat wa lah memang penyakit ni abah dah hidap dari wa sekolah rendah lagi. Memang dari dulu tak pernah nak pantang makan. Masa sakit teruk sikit baru nak berpantang makan tapi bila dah reda .. emm cam tu lah abah wa

Tapi kan yang  wa nak luahkan kat N3 ni sebenarnyer  .... ' ajoe sayang abah ' [ sambil menahan sebak dan air mata ]  ~  yg tidak pernah terluah dengan kata-kata.

PS : Gambar abah wa masa muda remaja. Jejaka paling tampan di Malaya masa tu. Haa itu abah  wa., korang belum nengok lagi anaknyer yang ni ..... muahahahahah !!!

4 comments

9:24 AM, November 04, 2009

wooooaaa,
abah memang tampah okeh.
lu tepek sikit muka lu dekat sini.
tengok terwaris atau tak.
hahaha :P

guraulah.

4:57 PM, November 09, 2009

mcm asyraf muslim daaa..

12:32 AM, November 16, 2009

waduh..hensemnya abah wa, lelaki melayu terakhir tu......nasib baik idalara tkde zaman2 muda dia tu..klau tk mau jatuh cinta kat abah wa..heheheh..ni mst kuah tumpah kat nasik..wa ni mst ala2 abah wa..kan..kan..

11:00 PM, November 17, 2009

Aduyai ! baru terperasan ada komen kat cni. wa tak lah sehenchem abah wa tapi manis tu adalah. Maklumlah acuan tu lebih kepada emak .. muka manja gitu muahahahahah !

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.