Dari semalam lagi header tu sudah disiapkan tapi bila wa tengok balik N3 kat blog
Rina Salleh wa jadi conpius . Dia nak logo yang boleh digunakan sebagai header / logo produk dan cetakkan. Kuang kuang kuang .... aduyai bukan header ar tapi logo. emmm otak wa sudah penat semalam jadi wa sambung design untuk logonya hari ini.
wa tak pernah dan tiada pengalaman men'design' logo ni. Ni kiranya percubaan pertama mereka cipta logo. Biasa wa design tuk banner, header dan wallpaper sahaja. Bagus juga ader contest macam ni. Boleh mengasah bakat wa yang terendam ni ... hehehe. Lagipun hadiahnya lumayan beb. Itu yang nak cuba nasib tu.TQ pada mcsue kerana bagi tau wa contest ni.
Antara syarat-syaratnya :
- Berkonsepkan simply elegant
- warna pilihan adalah hitam + putih + fuchsia ( sila tanya pakcik google )
- Tarih tutup telah dilanjutkan sehingga 24 april 2010 ( sabtu )
- Format : PSD
- Buat ayat ' Kenapa logo ini patut dipilih .....' ( tidak lebih 25 patah perkataan ) .
Hadiah :
- Wang tunai RM 100.00
- Produk dari RinaSalleh.com bernilai RM100.00
- Pas masuk ke majlis pelancaran RinaSalleh.com
Nota Kaki : errr ... korang rasa kenapa logo wa tu patut dipilih .... ??