08 April 2010
Sekadar Buat Renungan
Rembesan Idea :
wachak
Pada :
11:27 PM
Semasa wa ronda-ronda blog wa terjumpa N3 si Razman ni. Jadi wa sudah minta izin dari yang empunya blog 'Kain Burok' tu untuk di copy dan paste kat blog wa ni untuk di kongsi bersama. TQ bro. N3 yang sempoi tapi ada maksud yang tersirat boleh di buat panduan bagi mereka-mereka yang berkenaan. Korang layan eikk ...
Ceritanya :
Waktu gua sakit. Lu jaga gua macam gua budak baru lahir. Lu pastikan gua makan ubat. Lu beli macam2 untuk gua makan. Lu teman gua malam2 bila gua tak boleh tidur tapi bila lu ngadu lu sakit gua just cakap .. :
“oh. minum air banyak. pergi rehat ok.”
Lu tacing dengan gua. Lu cakap, tak best ngadu kat gua. Nak ngadu kat mama. Sorry, gua memang jahil bab caring2 bagai. Dulu waktu kecik, burung yang gua bela sakit. Gua tak reti nak buat apa, gua korek tanah cari cacing. Gua ingat makan cacing banyak2 boleh sihat. Sekali habis cacing tu tebuk perut burung tu. Tanah yang gua dah korek tu akhirnya jadi kubur burung tu. Gua syak, lama2 gua jaga lu, nasib lu jadi macam burung tadi.
Kadang2 lu ajak gua jumpa. Tiba2 lu emo cakap tak nak jumpa pulak. Gua bengap tak paham. Gua pun tak datang. Tiba2 lu text gua.
“B?”
“ye..npe?”
“CEPAT LA DATANG!! LEMBAB!! LAMA DAH SIAP!”
“erkk?? ok2. nak datang la ni. Tengah siap.”
“BERSIAP MACAM PONDAN!”
Gua lurus je ingat lu memang tak nak jumpa. Lu cakap lu nak gua pujuk. Mana la gua paham. Dah lu tak cakap. Cuba lu cakap ....
“GUA TENGAH MERAJUK. SILA PUJUK SEKARANG.”
Sila ke blog Razman untuk mengetahui lebih lanjut N3 ini.
MORALNYA : sound direct jer kan senang. Nak lak kena dengan lelaki yang lurus macam bendul .. kan kan kan .... hehehe
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
“When I first saw you, I was afraid to talk to you. When I first talked to you, I was afraid to like you. When I first liked you, I was afraid to love you. Now that I love you, I'm afraid to lose you.”
16 comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)