18 July 2010

Wajah Penipu


Kalu dah pinjam tu bayar ar balik. Tak kira ar pinjam dengan ahlong ker dengan bank ker ngan wa ker hehehe. Kalu sudah jadi macam ni ( muka ngan IC dah letak cam iklan ) sapa yang susah. Bukan si peminjam saja yang tanggung, anak bini pun tempias sekali. Buat malu dan menyusahkan family jer. Dorang ni tak baca paper or  tengok TV ker. ~ abish

wa nak citer pasal pinjam meminjam ni. wa hilang member pun pasal bagi member pinjam duit. Bila masa nak pinjam lembut gigi dari lidah. Masa nak collect balik batang idung pun tak nampak.

Kisah satu :
Bagi pinjam RM1000 kat member pasai dia nak kawin. Duit tak cukup. Mak pak dia dah cam family wa. Lepas 3 tahun cari dia sebab nak pakai duit. Asyik tak der kat opis. Kalu dia bayar kat wa RM50 sebulan dah settle per utang dia. ciss .. burn duit wa.

Kisah Dua :
member ni dah berhenti kejer setahun. Lepas tu datang kat opis wa. Terdesak nak settle payment motor sudah 3 bulan tak bayar. Hulur RM500 hinggit. Dapat duit terus hilang jejak.
Kisah Tiga :
Kak angkat wa punya husband. Datang opis nak pinjam RM500 hinggit juga. Katanya keluarga kak angkat wa tu nak datang dari Brunai. wa pun tak tanya kat kak angkat wa tu betul ke tak. Lepas dua tiga bulan call opis husband kak angkat wa tu dia dah berhenti kerja lak. Gi ker rumah dah pindah. Lesap gak duit wa.

Kisah Empat :
citer pasal duit gak ni. ada member nak tolak lappy dua buah kat wa. masa nk kuar duit kat ATM nasib baik masa tu limit boleh kuar RM2000 jer. Kalu tak hangus duit wa RM3000. Lappy tak dapat member tu hilang bersama-sama RM2000 wa :(

Ini antara citer yang wa nak kongsi kat uol. Banyak lagi citer pasal pinjam duit ni. Yang pinjam bayar ansur-ansur pun ramei. wa ni bukar ar kaya sangat  or bergaji besau tapi takat tolong sikit-sikit boleh ar.

ps: pasal duit macam-macam boleh jadi. sebab tu sekarang wa dah kurang nak tolong member pasal duit. Bukan wa kedekut tapi wa tak nak hilang kawan pasal duit. sorry ar pada sapa-sapa yang nak pinjam dari wa . pengalaman menjadikan wa lebih berhati-hati.
pss: ***penting*** wa bukan ahlong erk

16 comments

5:26 AM, July 18, 2010

Wachak.....
Mai aku nak pinjam duit sikit, sesak ni.....
nk beli kek secret resipi..... :)

Aku pun "sedang" jadi mangsa pinjam jgk walaupun aku tak kerja tp umur aku 46 tahun nanti baru aku nk blh merasa duit tu....

Entah2 tak sempat nk merasa....aku yg pergi dulu....

6:10 AM, July 18, 2010

yup...mmg banyak kes camtuh...tapi kadang2 sebab duit gak kita boleh bersatu....

7:13 AM, July 18, 2010

wahhh..lu mmg manyak duit dan baik hati...gua pon mau pinjam..mau bayar main judi bola ...gua sudah kalah seringgit.....

7:17 AM, July 18, 2010

wachak kisah satu pinjam duit tuk kawen pastu x bayo?? kompom x bahagia ntah2 dah cerai ehehe

p/s>>wachakkkk pinjam duit boleh?? ekeke

4:22 PM, July 18, 2010

bkn stakat bg pinjam, jadi pnjamin pn klu bley jgn. kcuali adik bradik. biar gaduh awl xpe, mber je hilang. jgn duit hilang, mber pn hilang.

5:13 PM, July 18, 2010

ceta2 pasal ni malas sis nk komen...sensitip...

tp wa ni baik betol bg kwn2 pinjam...takpe lah wa kalau diaorg tk bayar wa halal kan je supaya diaorg tk teruk cari wa di Sana nanti...

p/s sis nk pinjamn buat modal bis kueh raya boleh?hihihi

8:39 PM, July 18, 2010

nak pinjam wet jugakkk... :P :P

11:34 PM, July 18, 2010

Iza :
~ takat kek secret recepi tu x der
hal nyer. calling2 ar wa nanti wa
belanja :)
~ umur 46 baru dapat duit tu. ko
joint skim pak man telo ker ... hehehe

sijari :
bila melibatkan duit, bersatu tu
ada makna. ada fishball
disebalik mee.tak ikhlas :D

imam :
weii bro dah naik ke darat ker :)
judi !! wa x nk bersubahat
walaupun sehinggit ... hehehe

miss :
bercerai tu tak tau ar sebab dah
lama x jumpa dia tapi huru hara
tu dah kedengaran awal2 lagi.
Dengar citer bini dia kebas duit
akak dia lak. entahlah ...

Razman :
Betul tu bro. ramei yang dah terkena pasai jadi penjamin ni.

Sis Ida :
simpan sampaei kat sana. saham akhirat tu. Takut2 pahala kurang bleh cover :)
nk pinjam erk. kena sain surat
perjanjian dulu .. hikhikhik

Dahlia :
x yah ar pinjam weii. nanti
kehilang cik dahlia lak. x
sanggup ... hikhikhik

6:24 PM, July 20, 2010

nak sain surat perjanjian apa tu wa..boleh no hal punya...hihi

6:48 PM, July 20, 2010

saya pun pernah menghadapi keadaan macam ni.. Masa kawan susah saya ada beri pinjam duit atau tolong setolong tolongnya. Kalau saya takde duit nak beri pinjam, saya tolong usahakan dengan minta tolong dari orang lain.

Tapi bila saya susah, nak pinjam RM50.00 pun payah. Hantar sms pun x nak balas, sedangkan saya nilah dulu tempat kawan tu mengadu hal.. Tapi Allah itu maha mengetahui sesuatu. Takdir dan perangcangan Allah pasti ada hikmahnya...

Disebabkan duit, undi pilihanrayapun boleh berubah... maka ramailah yang jadi sesumpah... macam lirik lagu S.M Salim: "dulu lain.., sekarang lain..."

7:05 AM, July 21, 2010

hahahaha.. dah macam ceti dah.. semua sekali rm4000 tu.. leh beli motosikal cash! hahaha..

kalau tak redha, kena jejak tagih kat diorang. pasal klu kita tak tagih, dia anggap takde apa2..

emm.. ni bg cadangan, apa kata buat stail cam kat gambar tu jugak? hehe =P

8:07 AM, July 21, 2010

Ahmad Zaki :
ThankQ bagi komen.
Lumrah dunia. Kawan ketawa
ramei tapi bila kita nangis .. emm sorang2 jerk.
** Teringat citer keluarga 69 ~ P Ramlee

Asada Ryutaro :
citt ... cam ceti lak ... ahak ahak ahak
itu jumlah yg di citerkan. ader
kes kechik tak di senaraikan lagi
ar. wa malas nak gi tanya. bagi
wa kalu dah meminjam tu sendiri
ar mau ingat. x payah nak kasi
peringat. Kalu wa dah terdesak
baru gi minta duit tu balik. Tapi
dah tak dapat dikesan kemana
dorang tu pergi. Kena buat iklan
cam tu erk ... hehehe

8:09 AM, July 21, 2010

Sis Ida :
gurau jer sis. Kalu betul2 ader emergency bagi tau erk. kalu boleh tolong wa tolong :)

9:58 AM, July 21, 2010

adoila..murah hati gila wachak ni..hehe..kalau mcm tu..bira nak pinjam gak ar wet..wa..nak pinjam 100..hehe..nak beli gula-gula..hehe

1:00 PM, July 21, 2010

Cerita Keluarga 69 tu, babak yang paling saya suka masa orang kaya tu pergi memburu dgn pekerja dia dan masa dia tak tahu tu rumah pekerja tu. Lagi satu masa si anak dah balik rumah bapak dan bawa balik isteri baru yg juga mak kepada isteri baru si bapak tu..

Tapi cerita tu memang memberi pengajaran apa dia istilah kawan yang sebenar-benarnya...

10:50 PM, July 21, 2010

nenek moden :
wa tolong pasal ingat kawan. hari
ni kawan susah, esok2 hari kita lak.
mana tau bila tiba hari kita lain lak
jadinyer.
takat 100 tu muleh lagi tapi kena jumpa ar dulu. nk tengok lubang idung tu besau mana .. hikhikhik

Ahmad Zaki :
wa lak suka babak pak abu antar
ank pompuan dia kat rumah abg
ipar dia. dah tengok banyak kali
still pecah perut bila tengok balik :)
citer p ramlee sempoi jer tapi banyak pengajaran. nasihat dalam ketawa

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.