04 August 2010
Kalau Sudah Rezeki
Rembesan Idea :
wachak
Pada :
12:40 AM
Peristiwa ni berlaku 5 hari lepas. Masa pagi tu dalam poket tinggal lagi 10 hinggit jer tapi dalam dompet ada lagi duit selit2 RM100. Gaji bulan ni lambat ckit kerana big boss pergi opis kechik kat Pulau Langkawi. Jadi cheq lambat sign. Pagi tu tengok meter minyak motor sudah berada pada takat 'E'. Agak-agak wa sempat lagi sampei ke rumah. Dalam perjalanan balik terfikir nak makan apa malam tu. Lunch dah makan 5 hinggit. Baki duit tuk belanja ari tu tinggal 5 hinggit jer. Buget tuk isi minyak udah habis. Duit dalam dompet tu tuk kegunaan emergency. Nak kuarkan duit kat ATM nanti kena charge singgit sebab kat stesyen minyak tu x der ATM tuk public bank. Korang jangan gelak ok. memang wa jarang sedekahkan duit singgit tu kat mana-mana bank. Kalu kuarkan sekali dorang dah sapu duit kita singgit. Kalu seratus kali tak ker 100 hinggit. Buta-buta bank sapu duit wa. Betul tak .. ngeee
Balik pada citer asal. so wa pun singgah ar kat stesyen minyak supaya motor wa tu tak kekeringan ( dalam kepala dah terbayang mlm ni dinner makan yang cepat di masak dan sedap dimakan jerk ). Bila wa sampei jer kat petrol pam tu ader sorang pakcik tu tengah dok mengisi minyak kereta toyota camry, dia panggil wa yang tengah dok nak parking motor kat sebelah pam. Pakcik tu tanya dekat wa nak isi minyak ker ( aii pakcik. singgah petrol pum mesti ar nk isi minyak, tak kan nak main bowling lak ... hehehe ). Kalu nak isi minyak, parking motor tu belakang kereta ni. wa tanya balik pakcik tu ~ ada minyak lebih ker. dia senyum jer. apalagi wa pun parking ar motor wa belakang kereta camry tu. Lepas tu pakcik tu sendiri isikan minyak petrol tu dekat motor wa sampei full. Lepas tu dia kata ~ kalau terjumpa pakcik lagi kat pertol pum tni dapat ar merasa minyak pree lagi. Sebelum beredar wa sempat ucap tima kasih pada pakcik tu. err... siapakah pakcik itu ??
ps: wa percaya perkara yang baik yang kita lakukan terhadap seseorang pasti mendapat balasan yang baik dari Allah. Kalau tak dapat didunia pasti diakhirat kelak ganjaran itu kita terima. Rajin-rajinlah berbuat baik erk ... :)
17 comments
miss :
pakcik kaya yg pemurah. moga
dimurahkan rezeki pakcik tu :)
Yanmie :
mak ader ajar zikir / tasbih
untuk diamalkan semasa antara
dua khutbah ketika solat jumaat
terakhir dalam bulan rejab
supaya rezeki tidak putus
sepanjang tahun. Mungkin itu
penyebab nya wa dimurahkan
rezeki kot :) ~ Alhamdulillah.
cikjari :
Bukan senang nk jumpa org yg
sebaik pakcik tu sekarang :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)