Showing posts with label Sofware. Show all posts
Showing posts with label Sofware. Show all posts
07 December 2009

Wa Sudah Jatuh Hati


~ Siapakah yang bertuah itu. Okeylah, korang tentu nak tau siapa gerangan nyer hehehe. Ceritanyer  macam ni. Semalam dalam jam lebih kurang 1.30 pagi wa ronda-ronda dari satu belog ke satu blog. Rutin biasa melawat blog para sahabat. Waktu macam ni lah baru ada masa nak ronda-ronda. Sebelah siang wa tak berkesempatan kerna bekerja. Bila wa sampai di satu blog ( wa pun dah lupa blog sapa ) wa tengok dia punyer gambar ... pherghhh cun-cun belaka. Kesemuanyer di edit ( Bukan photoshop ). Dalam hati wa  pun berkata, handal gak awek ni dalam bab edit meng'edit' ni. Bila dibelek-belek N3 nyer, ( nasib baik dia ader citer sofware apa dia pakai ) entah macam mana wa sudah terpaut dengan sofware yang awek tu pakai. ( bukan awek tu la ) Sofware photoscape tu boleh mengedit gambar tanpa memerlukan banyak kemahiran. Cukup sempoi sofware photoscape ni. Apa lagi lepas wa bawak jenjalan tanyer dengan pakcik google, kat mana nak sedut, wa pun ehem-ehem sedutlah sofware ni. Pertama kali wa layan awek ni sofware photoscape ni membuatkan wa asyik walaupun kelopak mata wa rasa berat sesangat. wa terlalu asyik melayan awek sofware photoscape ni sampaikan jam dah dekat pukul 5.00am pun wa tak sedar. Korang yang sudah lama menggunakan photoscape ni janganlah gelakkan wa sebab wa baru jumpa sofware photoscape ni. Sesapa berminat nak dapatkan sofware photoscape ni korang boleh sedut dekat cni. Percuma pulak tu. Berbaloi-baloi wa cakap lu. Kenapa, tak percaya ya ?

PS: Selepas menggunakan sofware photoscape ni selama lebih kurang 3 jam ( dari jam 2 pagi sampai 5 pagi ) wa terkena sindrom terhangguk-hangguk di tempat kerja hari ni. wakakakaka mengantuknyer beb!!! Tidur satu jam jer. Hari ni wa nak qada tidur huhuhu. Selamat malam semuawalau dimana jua anda berada .. chewahhh