Showing posts with label Tutorial | Blogger. Show all posts
Showing posts with label Tutorial | Blogger. Show all posts
23 August 2010

Mengubah Latar Belakang Blog | Blogspot

Ramai yang bertanya dan ada yang minta wa buatkan satu tutorial mengenai bagaimana untuk mengubah atau menukar latar belakang | texture | pattern sesebuah blog tanpa mengganggu kedudukan dan kandungan blog itu sendiri. Iza , Cik Jari dan SMM antara mereka yang singgah di blog wa dan bertanyakan soalan ini. 
Cara yang wa selalu gunakan untuk menukar latar belakang blog adalah melalui html code. Ianya cara yang paling mudah untuk dilakukan. Langkah nya semudah satu , dua dan tiga :)
Pergi ke kebahagian dashboard blog anda > Design > edit HTML kemudian cari code seperti dibawah. coding yang perlu diubah adalah url bagi background blog tersebut. ( yang bertanda pink )



body {
  background:url(http://static4.grsites.com/archive/textures/brick/brick014.jpg);
  margin:0;
  color:#BABABA;
  font:x-small Georgia Serif;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
  text-align: center;
  }
 Dekat bawah ni wa bagi link untuk  dua webs site yang menyediakan  background | textures | pattern secara percuma. Terdapat beribu-ribu lemon pattern | textures  yang boleh anda pilih. so apa yang di tunggu lagi. selamat menggodek. Yang penting semuanya free ... enjoyyyy !!
19 November 2009

Download Header / Banner


~ Macam mana nak sedut banner yang wa buat dekat belog ni ke dalam Komputer anda. Kesian wa kat yatie. Dah sampai givup nak sedut header tu. Biasanyer jika kita sedut terus imej tu tanpa click dulu ukuran nyer kecil berbanding ukuran yang asal ( pada yg tidak tahu ). Dulu wa pun tak tahu yang gambar di belog / web boleh di click. Menda ni terjadi dengan tidak sengaja hehehe. wa gatal tangan gi click setiap imej yang ada di blog yang wa lawati. Baru wa tahu yang apabila imej di click ianyer akan ke imej asal.

PS: Sorry wa belum beli mic yang baru lagi.
14 November 2009

Upload Header / Banner Blog


~ 2 bulan lepas wa pun tak tau camna nak upload header ni kat belog. Jadi wa godek satu-satu papan pemuka / dashboard blogger ni. Kira try and error lah. Jika salah dari segi basic berblogger wa minta maaflah. Sesaja wa buat video tutorial ni untuk membantu mana yang patut. Terpanggil dan terasa kepayahan masa mula-mula berbelog dulu membuatkan wa melakukan semua ini tanpa meminta apa-apa balasan. wa berharap sapa-sapa yang belum tau tu, jangan merasa rendah diri kerana wa pun sama macam korang jugak dulu. Yang paling penting jangan malu bertanya. Kepada yatie selamat menggodek belog anda hehehe.

PS : Sorry ! Korang tak dapat nak mendengar suara merdu wa kali ni. Rosak pulak mic wa malam ni .Maklumlah mic cap ayam. Ada rejeki lebih wa nak sambar satu.