Dengan lafaz Bismillah gua merasmikan pembukaan blog gua ni. Sebenarnyer dah tertangguh hampir dua minggu kerana gua kurang sihat. Tekanan darah gua naik balik dan berada pada paras bacaan 150/98 mmHg. Biasalahkan bila umur sudah berada di pertengahan usia maka datanglah penyakit yang semasa muda kita kebal terhadapnyer. Lagipun abah gua pun ada penyakit ni. Kiranyer penyakit keturunan lah. He he he ... baik punyer alasan. Yang melantak nasi lemak hari-hari sapa suruh ... ha ha ha kan dah kena darah tinggi.
Okey lupakan kisah penyakit baru gua tu. Berbalik kepada blog yang baru gua wujudkan ni. Sebenarnyer gua bukannyer reti sangat berblog tapi sudah hampir setahun berada di dunia maya ni terasa juga nak ada sebuah blog. Maklumlah asyik baca blog orang jer. Jadi sebagai memenuhi hajat di hati maka lahirlah blog ni yang ber'niche'kan photoshop ( style gua beb ). Gua bukannyer pakar dalam bidang ni tapi sekadar main redah jer. Al maklumlah gua tiada basic dalam photoshop. Mana yang dah pakar dalam photoshop tu yang terlajak masuk blog ni sila beri tunjuk ajar dan teguran kat gua okey. Lagi satu sesiapa yang berminat nak dapatkan hasil kerja gua ( banner free untuk blog lu orang ) sila tinggalkan jejak anda di chat box. Akan gua jejaki lu orang punya blog dan bila gua ada kelapangan ( gua kena pilih dulu beb ! ) gua bikin satu banner free sebagai 'servinior'. Lastly salam perkenalan dari gua.