Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

       Pejam celik pejam celik dah tiba tahun baru. Suka tidak suka kita terpaksa juga meninggalkan tahun 2011. Terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang wa berblogging tahun ini. Semuanya itu mematangkan lagi wa bagi membuat segala tindakkan dan keputusan dimasa yang akan datang. Terima kasih juga kepada pengunjung / teman teman dan para sahabat yang sudi berkunjung ke blog Republic guaOtai ni. Semoga tali silatulrahim yang terbina diantara kita semua terus kekal buat selamanya.
        
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
21 November 2011

Carian Google Part 1- wachak Yang Tak Hensem

Jangan risau orang Melaka. wa tak hensem tapi manis tu ada .... wakakaka. Macam macam carian google  yang masuk diblog wa tapi yang ini antara yang menarik perhatian wa untuk dikongsi pada pengunjung blog wa ni. Usah bimbang ya orang melaka, IP address anda telah di kelabukan. Selamat membaca blog wa dan terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung setia.

cerita carian google akan bersambung ....

ps : korang tahu tak 'Apa itu google panda'. Google Panda adalah Algoritma terbaru search engine google untuk tahun 2011. Nama Google Panda diambil dari software engineer Google Navneet Panda.Lepas ni siapa siapa yang rajin buat entry copy paste, blog dorang payah nak diindek oleh google. Jadi rajin rajin lah buat entry sendiri.


06 November 2011

Salam Eidul Adha

Di kesempatan ini wa ingin mengucapkan selamat meyambut Eidul Adha buat pengunjung republik guaOtai dan selamat menjalani ibadah korban. Semoga apa yang telah dan akan kita lakukan diberkati oleh Nya. Kepada yang nak balik kampung tu berhati hati dijalan raya semasa memandu. Biar lambat asalkan selamat sampai kedestinasi yang dituju. Salam Eidul Adha sekali lagi buat semua.

02 November 2011

Serangan Dalam Diam

Klik untuk melihat imej lebih besar.

Mari kita ramai ramai kasi padam terjemahan yang dibuat oleh google tranlate ini. Cara caranya adalah :
  • Pergi ke Google translate ( English to Malay ) - picit dekat cni
  • Taipkan perkataan ' myquran ' ( No - 1. )
  • Klik pada tanda ( ✔ ) ( No - 2. )
  • Klik pada perkataan ' offensive '  ( No - 3. )
Cukup seribu klik ( report ) terjemahan itu ( syaithan ) akan di buang dari google translate. Semoga dengan cara ini penghinaan terhadap Islam amnya dan Al Quran itu secara khususnya dapat diberhentikan. Terima kasih kerana mengambil bahagian. Semoga usaha anda di balas dengan seribu kebaikkan.
29 September 2011

Software Cetak Rompak - Pandangan Ustaz Azhar Idrus


    Sekadar untuk berkongsi buat penggemar software yang bukan asli ( cetak rompak ler tu ). Rasa kekok dan janggal bila mana sudah agak lama tidak menulis diblog . Ada ke lagi pembaca dekat Republic guaOtai ni. Hampir satu jam juga memerah idea bagi melahirkan entry yang hanya dua perenggan ini. Karang, lepas tu padam. Hadoii !!
    Berbalik pada cerita asal, sebelum ini timbul perasaan tidak selesa bilamana wa menggunakan perisian yang disedut secara tidak sah. Takut takut jatuh hukum kepada haram bila mana menggunakan software tersebut. Tapi seawalnya memang wa berniat sepertimana pandangan ustaz Azhar Idrus. Lega juga hati bila sudah dengar sendiri. Oleh itu sedut ler bebanyak selepas ini tanpa rasa bersalah ... ngeh33

ps : Gunakanlah tanpa was-was. 
06 July 2011

Wordless Wednesday - Habis Dah


22 June 2011

Wordless Wednesday - Dua Dunia


15 June 2011

Wordless Wednesday - Rehat Dan Rawat


14 January 2011

Kalau Sudah Rezeki

Video yang terawal dikeluarkan di You tube pada 05 Januari 2011 mengenai Ted William sudah di tonton sebanyak 7 juta lebih buat masa ini dan membuatkan beliau menjadi popular dalam sekelip mata. Dari seorang yang tiada rumah, hidup dengan belas ihsan orang kini beliau dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Telahpun  di tawarkan bekerja sebagai DJ radio dan mendapat tawaran untuk iklan-iklan di TV.
Ramai yang melihat dan berbicara mengenai populariti beliau serta 'suara emas' nya tetapi wa pula melihat dari segi rezeki yang telah Allah tentukan. Walaupun beliau bukan beragama Islam tetapi rezeki beliau tetap ada dan telah di tentukan oleh Nya. Beliau cuma menagih simpati di tepi jalan dan usaha beliau untuk menyatakan kebolehan beliau hanya tertulis pada sekeping kertas yang selalu di bawa bersama untuk mengemis. Kertas yang dibawa itu telah menarik perhatian seorang penghantar barang untuk merakamkan aksi beliau berceloteh. Setelah rakaman itu di muat naik di laman You tube, maka bermulalah kehidupan baru buat Ted William.
08 December 2010

Senja Nan Merah

Pemandangan di depan rumah wa apabila waktu senja. 

Selalunya dek kerana kesibukkan kita terlepas pandang pada kejadian dan perkara  yang menakjubkan yang berada di depan mata kita. Begitu juga dengan perkara lain yang berlaku disekeliling kita. Belajarlah menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita. Perkara yang telah berlalu tidak boleh diulang tayang kembali. Gunakan kesempatan yang ada sebaik-baiknya. 

ps :  Ini antara koleksi gambar yang wa ambil menggunakan kamera handphone. Bilalah nak dapat dslr ni ...  :)
pss : mula-mula nak cuba buat puisi tapi kelaut ... keh33


Masihkah kita termangu di bawah pepohon 
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah di bilang hari
Hanyalah debar yang terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian

Haruskah kita mencari dalam senja begini 
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah 
05 November 2010

Terapi Untuk Hypertensi Tahap Pertama


Hidup di Ibu kota seperti Kuala Lumpur memang memerlukan / melakukan sesuatu yang boleh menurunkan tekanan lebih-lebih lagi yang ada penyakit hypertensi macam wa ni. Salah satu caranya memandu keluar dari kesibukkan kota raya ini. Sekali sekala seronok juga dapat memandu tanpa ada kesesakkan jalan raya. Sambil memandu tu dapat udara segar dari hutan yang kita lalui. Damai rasa jiwa dan tenangnya perasaan emmm .....

ps : sila abaikan lagu latar belakang video ini ... he33
pss : jangan tiru aksi wa, sambil memandu ambil video dgn hp ( kena xpert cam wa baru bleh .. ngeh33 )
04 November 2010

Merempit Dengan Awek.

Masa balik kerja 5.30 pm mesti jumpa dengan awek ni dekat traffic light. Tengok gaya motor memang untuk dibuat rempit. Selalunya sempat rempit dengan awek ni tidak lebih lima minit sebab dia akan masuk ke simpang lain setelah tiba ke traffic light kedua. Biasanya wa yang kehadapan sekali kerana wa tak boleh tahan dengan asap motor awek tu yang berkepol-kepol kuar. Macam orang majlis tengah sembur racun untuk bunuh nyamuk daa ... keh33
Sebenarnya isu utama wa letak gambar awek ni adalah pada kasut yang dia pakai. Kalau nak bawa motor tu pakailah kasut yang sesuai. Jangan pakai kasut tinggi semasa menunggang motor ( lebih-lebih lagi apabila tempat letak kaki penunggang telah diubah menjadi tinggi ). Ianya boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahu pun orang lain apabila kasut itu tersangkut ditempat letak kaki.

PS : Bila tengok awek yang bawa motor ni teringat wa dekat miss @ cik b. wa agak-agak miss @ cik b ni lebih kurang awek ni kot, macho ... keh33


PS : Terima kasih pada yang perihatin dengan blog wa ni ( sangat terharu ... hu33 ). Bukan wa tiada bahan untuk dibuat N3 tetapi keadaan wa tidak mengizinkan wa mengadap lama-lama di depan PC ni. Blurrrrr .....

18 September 2010

M Rajoli Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.
M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis. Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok. Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

 

Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham dan Al Fatihah buat  arwah.

: sumber berita.
04 September 2010

Baju Raya Colour Pink | Part 3

Pasangan untuk baju raya colour pink ni belum jumpa lagi. Hari tu ada pergi dekat tesco. Belek-belek dalam 4 / 5 helai lepas tu tak tau mana yang sesuai di gandingkan dengan baju colour pink ni. Rasa-rasa anda semua mana yang sesuai. Esok kalau ada masa boleh pergi lagi sekali. Harap-harap ada lagi lah stock untuk pasangan baju colour pink tu. Kalau sudah habis stock terpaksalah pergi ker Jalan Tuanku Abd Rahman. Sesak giler kat ctu :(

~ ataupun ada yang sudi nak sponser tak ... ahak33
01 September 2010

Traffic Tips | Blogwalking

Hari ni entah apa citer wa nak bagi tips bagaimana nak menarik traffic dengan cara yang mudah melalui blogwalking. Ini cakap adek beradik. Tak payah nak selindung selindung. wa bukannya handal bab-bab  SEO atau sifu dalam teknik menarik traffic macam Cikgu Dahlia atau pun popular macam Darkbatman tapi ini atas pengalaman wa yang sudah hampir setahun 'Hidup Seorang Blogger' ... ha ha ha keyword tu siot :)  Antara tips yang wa amalkan :
  • Kalau nak tengok traffic jam kita kena pergi ke jalan raya yang banyak kereta lalu. Betul tak. Macam itu lah juga dalam berblogging. Bak kata wa selalu kat blog mario. Tumpang glemer. Nak banyak traffic kita kena berblogwalking ke blog yang tuan punya blog tu popular / glemer / femes tapi ada tapinya ....
  • Tegur lah tuan punya blog tu. Tinggalkan sepatah dua kata dekat shoutbox. Kalau sempat baca entry yang beliau tulis. Tinggalkan komen walaupun dua tiga patah perkataan.  Cari profile dorang supaya kita kenal dorang lebih dekat. Dalam kepala jangan dok ingat asyik nak picit jer. Ayat yang ditinggalkan kat shoutbox tu jangan asyik copy and paste jerk. Kalau kesuntukkan masa itu lain citer. Kalau ayat itu asyik copy and paste jer setiap hari nanti dorang jemu. Almaklumlah dorangkan glamer ...keh3.


 wa citer pasal traffic ni bukan apa. wa bakal kehilangan  punca traffic ke blog wa. Tangga teratas bagi punca traffic wa adalah dari blog Teratak Usang. Yang kedua dari Blog Cik Jari dan tempat ketiga adalah dari blog Fiezah91. Teratak Usang bakal ditutup dan blog Fiezah91 sudah pun ditutup.
Bila kita sudah kenal walaupun secara maya, selalu bertanya khabar, sembang -sembang dan kadang-kadang usik mengusik bila tiba-tiba jadi kes macam ni pasti tersentuh sikit perasaan tu. Mesti rasa kehilangan kerana setiap orang yang kita kenal secara maya ni mempunyai karektor masing-masing. Nak lak kita ni bukannya ramei kenalan yang agak 'mesra'. Tapi apa boleh buat. Mungkin itu tindakkan yang paling baik buat dorang masa kini kan ?? All the best. Friends forever bebeh  ...
11 August 2010

Kalamullah TV3


Macam biasa seperti hari sebelum ni selepas solat subuh pagi tadi wa akan on tv. wa tertarik dengan rancangan TV3, Kalamullah pagi tadi kerana adik Mohd Qayim Nizar yg membaca Al-Quran tidak seperti kita. Beliau menggunakan Al-Quran braille untuk membaca surah Al-Baqarah ayat 255 - 257. Terasa rendah diri kerana wa yang mempunyai penglihatan yang elok berbanding beliau masih lagi banyak kekurangan dalam kelancaran  dan sebutan dalam membaca Al-Quran.

ps: Persoalan yang di timbulkan oleh ustazah Asni Mansor  pagi tadi. Kenapa bila ternampak hantu baru nak baca Ayat Kursi. waktu lain kita tak baca ker ??
28 July 2010

Ruangan Di Dalam Kaabah


Yang ni video secara 3D.


Dan yang ni diambil secara live.
ps : saja letak video ni untuk di kongsi. ronda2 tadi kat u tube terjumpa lak. rasanyer ramei yg teringin untuk melihat apa ada didalam Kaabah ni :)
10 June 2010

Melaka , Hadiah Dan Dot Dot Dot


Hari Isnin ngan rabu lepas wa gi ke Melaka atas urusan kejer. Bukan kapasiti atas tugasan wa tapi  terpaksa buat untuk orang lain. Nak menolak tak boleh sebab arahan dari boss sendiri. Kalu ikut hati tak nak wa pergi Melaka, tak berbaloi. Kejer sendiri melambak lagi. Kalu disuruh gi lagi hari ni memang wa tak nak gi . Hari ni Melaka ada SUKMA da. Mesti sesak giler nyer ... huhuhu. emm .. penat berulang alik tak hilang lagi ni. Nak cuti pun tak leh lagi. Cuti terpaksa simpan untuk hari raya nanti. Kalu amek sekarang, hari raya nanti tak leh ar cuti sakan ... hehehe.


Okay, hadiah ni orang Melaka yang bagi. Bukan 'by hand' tapi pakai 'courier'. Dah sampai dua hari lepas tapi wa duduk sibuk pasal kejer  ( kena gi Melaka lagi ) dan kat opis tu pun lupa nak bagi kat wa so tersimpan jer kat opis tu dah dua hari. Hadiah ni sis ida bagi sebab wa tolong buatkan header untuk blog sis ida. Buat baik pada orang pasti dibalas baik, betul tak ??. wa tak minta dibalas sebegini tapi kalu dah orang memberi kita dapat ar merasa .... kan jenet kan kan kan. Tq sis atas pemberiah ini. I like it. ( dah separuh papan wa makan cokelat tu ... hehehe 


Patut ar wa rasa berat jer sejak dua menjak ni. Berjalan  sikit dah berpeluh-peluh, tercungap-cungap. Dah 78 kg rupanyer. Kena turunkan juga balik ke berat paling ideal 68 kg. Boleh ker wa turunkan berat 10 kg dalam masa sebulan ni. emm .. apa-apa pun habis kan cekelat cadbury tu dulu kekeke.


Ulser melanda kembali. sebulan sekali wa pasti kena punyer. Ada yang kata kurang minum air. Tapi wa minum lebih 2 liter air sehari. wahai bakal-bakal dokter. tolongin wa muleh ... huhuhu
02 June 2010

SESAK


Naik jemu dah mengharungi kesesakkan kat KL ni. Rasa nak pindah jer tempat lain. Hari-hari sesak memanjang. Bila musim perayaan jer, KL ni tak sesak.


Laknatullah Israel ni pun bikin dada wa sesak. wa menyesakkan diri   dekat sini juga pagi semalam. errr ... korang tak rasa sesak ker saudara kita diperlakukan dekat sana kelmarin.


Dua angota ni pun menyatakan sokongan terhadap bantahan di depan kedutaan amerika pagi semalam.  Pandai dorang cari port. Duduk bawah pokok. Panas daaa ....


emmm ... sesak lagi petang semalam. Bila hujan turun jer masa nak balik kejer. Nak lak hujan tu turun dengan lebatnya. Dekat KL ni bila mendung atau hujan jer turun sebelah petang, semuanya berebut-rebut nak balik dari kejer. Bertambah sesak bila ada banjir kilat. Yang mana tersadai dekat kesesakkan tu ber'maghrib'lah dalam kereta.

Notakaki : sapa yg  bekerja dekat luar  dari KL ni nak tukau jawatan sales co-ordinator ngan wa. meh kita tukau suka sama suka nak .... hehehe
17 October 2009

Pembukaan Dan Perasmian Blog Gua.


Dengan lafaz Bismillah gua merasmikan pembukaan blog gua ni. Sebenarnyer dah tertangguh hampir dua minggu kerana gua kurang sihat. Tekanan darah gua naik balik dan berada pada paras bacaan 150/98 mmHg. Biasalahkan bila umur sudah berada di pertengahan usia maka datanglah penyakit yang semasa muda kita kebal terhadapnyer. Lagipun abah gua pun ada penyakit ni. Kiranyer penyakit keturunan lah. He he he ... baik punyer alasan. Yang melantak nasi lemak hari-hari sapa suruh ... ha ha ha kan dah kena darah tinggi.
Okey lupakan kisah penyakit baru gua tu. Berbalik kepada blog yang baru gua wujudkan ni. Sebenarnyer gua bukannyer reti sangat berblog tapi sudah hampir setahun berada di dunia maya ni terasa juga nak ada sebuah blog. Maklumlah asyik baca blog orang jer. Jadi sebagai memenuhi hajat di hati maka lahirlah blog ni yang ber'niche'kan photoshop ( style gua beb ). Gua bukannyer pakar dalam bidang ni tapi sekadar main redah jer. Al maklumlah gua tiada basic dalam photoshop. Mana yang dah pakar dalam photoshop tu yang terlajak masuk blog ni sila beri tunjuk ajar dan teguran kat gua okey. Lagi satu sesiapa yang berminat nak dapatkan hasil kerja gua ( banner free untuk blog lu orang ) sila tinggalkan jejak anda di chat box. Akan gua jejaki lu orang punya blog dan bila gua ada kelapangan ( gua kena pilih dulu beb ! ) gua bikin satu banner free sebagai 'servinior'. Lastly salam perkenalan dari gua.