16 November 2009

Musim Kahwin Dah Tiba


Dalam diam sudah sampai kita di penghujung tahun. Bebudak sekolah lah yang paling gembira kerana mereka akan bercuti panjang ( mengikut pengalaman sendiri ... hehehe). Bagi mereka yang sudah gatal miang sampai jodoh tu inilah masanya yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Penggemar nasi minyak / beriani bolehlah bantai dua tiga pinggan. Kalu makan kat kedai mungkin tak lalu kot sebab harga nya boleh tahan gak mahal.
wa ada juga terima jemputan kahwin untuk bulan ni. Tapi semuanyer di luar daerah. Macam kad jemputan yang wa terima ni, pengantin perempuan buat kat Kota Bharu, Kelantan dan pengantin lelaki buat dekat Kluang, Johor. Jauh tu  tapi apa boleh buat sudah jodoh mereka nak buat macam mana. Jangan berbalah masa nak menyambut raya nanti ya.
wa buat N3 ni bukan apa, bila wa belek dari depan sampai belakang kad jemputan  ni dan wa tertarik dengan ayat power di kaki kad ni.
Antara kata-kata yang menarik perhatian wa  :-

Tak Perlu Mencari Teman Secantik Balqis
Andai Diri Tak Sehebat Sulaiman
Mengapa Mengharap Teman setanpan Yusof
Jika Kasih Tak Setulus Zulaikha
Tak Perlu Mengharapkan Teman Seteguh Ibrahim
Andai Diri Tak Sekuat Siti Hajar
Mengapa Didambakan Teman bak Siti Khadijah
Kalau Diri Tak Sesempurna Rasulullah ( S.A.W)
Bimbinglah Dirinya Dan Terimalah
Kekurangan Itu Sebagai Keunikan
Carilah Kebaikan Pada Dirinya Dan Bersyukurlah
Kerana Dipertemukan Dengannya
Tetaplah Berdoa Pada Allah
Agar Dia Akan Terus Menjadi Milikmu ....

HTML clipboard
HTML clipboard
   ~~~~~      wachak     ~~~~~

Amboi ... romantis gitu.

1 comment

9:37 PM, November 17, 2009

yang wa ni asik dpt jemputan kengkawan, wa bila lagi nk jemput kitaowg mkn nasik minyak wa lak..
ke..wa dah sudah dah...hehehee..
apa2pun kata2 kat dalam kad tu mng sgt puitis..
muga semua pasangan yg melangsungkan majlis akad nikah di bulan cuti sekolah ni akan kekal dlm bahagia hingga akhir hidup mereka..

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.