Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts
18 December 2011

Kerana Pulut Santan Binasa

Dan kerana mulut lah

Badan binasa. Tekanan darah naik der ... kui33

ps : Masa sihat walafiat, makanlah apa yang teringin nak makan tetapi kesihatan hendaklah dijaga kerana penyakit di zaman moden ni datang tidak mengira usia.
pss: Bapak borek anak rintik. Kalau ayah sudah ada darah tinggi, genetik darah tinggi tu ada dalam anak juga. redha ajer lah ... kui33
psss: wa akan berehat dari dunia blogging buat seketika sehingga kesihatan wa kembali pulih.


-
29 November 2011

Letter Of Termination


       Memula dapat tahu company nak tutup bulan lepas, hati semacam relax jer, macam tiada apa-apa yang bakal berlaku. Tapi siang tadi bila manager serahkan surat yang baru diterima melalui email dari HQ tiba-tiba mood wa berubah. Sekejap benar rasanya waktu beredar. Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung bulan November. Dan masa terus beredar memasukki bulan disember.
        Lapan tahun bekerja di company ni. Ingatkan inilah company yang terakhir wa bekerja. Memang sudah penat bertukar kerja tapi suratan mengatasi segalanya  ...

 Maaf. Entry tergantung kali ini. Tidak tahu bagaimana untuk meneruskan cerita di entry ini. Mood sudah kelaut. Jiwa tengah kacau  ...


ps : Bertambah sakit hati. Surat hanya beritahu bila hari terakhir untuk bekerja tetapi jumlah bayaran pampasan dan sebab di berhentikan pun tidak dinyatakan. Hampeh punya HR.
19 April 2011

Tergamam Seketika.


Ini sms yang adik wa hantar siang tadi. Abah jarang bercerita pasal sakitnya. Bila dapat berita macam ni secara tiba-tiba buatkan wa tergamam.
Part gilir-gilir hantar abah ke HBKL untuk mendapatkan rawatan tu wa tidak menjadi hal. Apa lah sangat kan. Dulu abah yang hantar wa pergi sekolah dari darjah satu sampai ke tingkatan 3 ( tingkatan 4 ngan 5 wa gi naik motor sendiri ).

ps : sebenarnya bermacam-macam perasaan wa rasa ketika ini ( tiba-tiba emosi lah pulok ). Banyak benda yang wa nak lakukan untuk abah tapi belum kesampaian. Sekarang umur abah dah 70 tahun. masih sempat kah ??

~ Ya Allah ringankanlah kesakitan yang sedang abah rasai sekarang ini dan pulihkanlah kesihatan abah seperti sediakala.


28 October 2010

Di Ajak Dating Lagi


Maaf pada member-member maya wa sekalian. Nampak gayanya wa terpaksa memperlahankan aktiviti meronda ke blog anda kerana kesihatan wa tidak mengizinkan. Buat masa sekarang rutin untuk berblog telah di kurangkan. Selepas solat isyak mata ni sudah menunjukkan tahap kemengantukkan, bukan dibuat-buat. Paling lewat wa boleh bertahan sehingga jam 11.00 malam sahaja. Oleh itu jika wa tidak singgah ke blog anda SILA jangan berkecil hati erk.
Hari yang dijanjikan untuk ber'dating' telah selesai pagi tadi. Setengah botol darah sudah diambil bagi tujuan pemeriksaan Thalassemia Alpha. Ingatkan sudah selesai bilamana darah wa telah di ambil tapi di tahan semula untuk pemeriksaan lanjut bagi blood pressure. Kali pertama bacaan yang diambil oleh nurse 181/110. Mak aii tingginya bacaan. ( wa bukan boleh duduk dekat-dekat dengan pompuan, nak lak yg chomel-chomel. Berdebar-debar der. Itu pasal bacaan tinggi ... kih33 ). Setelah di suruh rehat seketika dan tarik nafas dalam-dalam, pemeriksaan kali kedua, bacaan menunjukkan 161/100. Bacaan masih melebihi takat normal dan wa di minta tunggu untuk berjumpa doktor chomel. Bila berjumpa doktor dan dijalankan pemeriksaan bacaan menunjukkan 160/ ?? ( bacaan dekat bawah ni tak sempat nak tengok, tempat periksa tekanan darah yg doktor punya bukan digital )
Fakta daripada doktor yang tidak sedap didengar adalah : 
  • Penyakit tekanan darah tinggi ini adalah penyakit seumur hidup
  • Ubat hanya untuk menstabilkan tekanan darah dan bukan untuk mengubati penyakit ini.
  • Ubat yang bakal di beri dekat wa mungkin akan mengganggu sistem buah pinggang.
Justeru itu pemeriksaan darah buat kali kedua akan dilakukan pada 02 november 2010 ( kali ni dua botol tabung uji tu ) untuk memastikan bahawa ubat yang diambil itu serasi dengan tubuh wa dan tidak menggangu sistem buah pinggang wa.
30 September 2010

Klinik Kerajaan vs Klinik Swasta


Kos rawatan dan perubatan sekarang ni wa rasa makin naik.  Kalau tak silap wa sebelum ni kos sekali rawatan dan ubat-ubatan yang wa bayar bagi demam tidak melebihi RM28. Akan tetapi dua hari lepas wa dikenakan bayaran sehingga 48 hinggit. pherghh !! memang terasa giler rabaknya poket wa. Kenaikkan harga itu bagi wa terlalu drastik. Nasib baik boleh claim balik bil rawatan tersebut tetapi pada mereka yang bekerja sendiri pasti mengeluh panjang.
Bukan tidak mahu ke klinik kerajaan yang kos bagi rawatan dan ubat-ubatan hanya sekitar RM5 tapi faktor kekangan masa. Banyak masa dibazirkan untuk ke klinik kerajaan. Daripada tersangkut didalam kesesakkan jalanraya di awal pagi sehinggalah kesesakkan dikauter pendaftaran / ubat di klinik kerajaan tersebut. wa bercakap ni di atas pengalaman wa sendiri. Bukan hanya menuduh sembarangan. Pernah sekali tu wa daftar dikaunter pada jam 8.30 pagi dan selesai seisi rawatan dan mengambil ubat-ubatan di kaunter yang berasingan pada jam 1.00 pm. Boleh hilang demam ar bila tunggu untuk mendapat rawatan di klinik kerajaan. Itu belum nengok lagi nurse yang menjalankan tugas .... keh33

ps: wa tengah mamai disebabkan ubat selsema yang wa makan. ngantuk derrr !!


05 March 2010

Dan Akhirnya Tumbang Juga


wa memang tak suka pergi klinik dan lepas tu kena makan ubat tetapi kalu dah nak masuk seminggu rasa macam nak demam jer dan di tambah dengan batuk akhirnya wa surrender. Kiranya wa bertuah kerana wa jarang2 kena batuk ni tapi bila dah kena phergh ... kong kong kong, memang teruk beb. Lagi satu penyakit yang wa jarang2 kena iaitu sakit gigi.wa bersyukur kerana dua penyakit ni jarang hinggap kat wa. Nak katakan setahun sekali pun payah.
wokey wa stop kat cni dulu. Nak cuba wat tag lak. Dah ader dua orang yang tag wa, mcsue dan arieza. Kalu dah dua org yang tag wa tu tak paham2 lagi ker nak jawab  si wachak ooii .... ha ha ha. Tak kan nak tunggu ader yang ketiga bagi tag lak.
16 November 2009

Musim Kahwin Dah Tiba


Dalam diam sudah sampai kita di penghujung tahun. Bebudak sekolah lah yang paling gembira kerana mereka akan bercuti panjang ( mengikut pengalaman sendiri ... hehehe). Bagi mereka yang sudah gatal miang sampai jodoh tu inilah masanya yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Penggemar nasi minyak / beriani bolehlah bantai dua tiga pinggan. Kalu makan kat kedai mungkin tak lalu kot sebab harga nya boleh tahan gak mahal.
wa ada juga terima jemputan kahwin untuk bulan ni. Tapi semuanyer di luar daerah. Macam kad jemputan yang wa terima ni, pengantin perempuan buat kat Kota Bharu, Kelantan dan pengantin lelaki buat dekat Kluang, Johor. Jauh tu  tapi apa boleh buat sudah jodoh mereka nak buat macam mana. Jangan berbalah masa nak menyambut raya nanti ya.
wa buat N3 ni bukan apa, bila wa belek dari depan sampai belakang kad jemputan  ni dan wa tertarik dengan ayat power di kaki kad ni.
Antara kata-kata yang menarik perhatian wa  :-

Tak Perlu Mencari Teman Secantik Balqis
Andai Diri Tak Sehebat Sulaiman
Mengapa Mengharap Teman setanpan Yusof
Jika Kasih Tak Setulus Zulaikha
Tak Perlu Mengharapkan Teman Seteguh Ibrahim
Andai Diri Tak Sekuat Siti Hajar
Mengapa Didambakan Teman bak Siti Khadijah
Kalau Diri Tak Sesempurna Rasulullah ( S.A.W)
Bimbinglah Dirinya Dan Terimalah
Kekurangan Itu Sebagai Keunikan
Carilah Kebaikan Pada Dirinya Dan Bersyukurlah
Kerana Dipertemukan Dengannya
Tetaplah Berdoa Pada Allah
Agar Dia Akan Terus Menjadi Milikmu ....

HTML clipboard
HTML clipboard
   ~~~~~      wachak     ~~~~~

Amboi ... romantis gitu.

24 October 2009

Mengapa : ' wachak '




guaOtai itu wachak dan wachak itu adalah guaOtai. Orang yang sama tapi watak yang berbeza. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa ? Jawapannyer ... 'branding'. Nama 'wachak' ni telah berada di dunia maya ni sejak setahun lalu. Reputasinyer telah dibina sejak itu. 'Giler' wa nak tinggalkan apa yang telah wa bina selama ini. Tapi kenapa dengan 'guaOtai' apa salah nyer. Tiada salah dan cacat cela nyer  tapi  ada member 'maya' yang kurang senang ataupun mungkin kurang selesa dengan watak wa sebagai guaOtai.. Kadang-kadang sukar untuk kita memenuhi kehendak orang lain sedangkan kita adalah kita.  Punyer kehendak dan kemahuan. Walau apapun wa akur .... hu hu hu .Terima kasih pada para sahabat 'maya' , team blogger dan pengunjung blog ini yang telah menyokong wa selama ini. Semoga anda dirahmati oleh Nya. Wahai penghuni 'maya' .... wa 'chak' dah kembali beb !