wa ingat gerai tadi jer ayamnya besar tapi yang ni lagi besar. sekor potong empat ni.
aikk !! ayam lagi. yang ni ayam golek. taukey ni golek kat rumah. kat cni tak boleh golek ayam :)
menu ke empat murtabak singapore. sekeping 10 hinggit. senyum jer bro ni bila wa amek gambar dia cakap nak letak dalam blog. smileee brooo ... hehehe. Lokasi biasa berniaga jika bukan dalam bulan ramadhan dekat depan Mc D BTHO.
yang ni gerai jual skewer daging dan ayam ( sila tanya pokcik google kalau tak tahu skewer tu apa ). kalau dipanggang lagi sedap skewer ni.
menu ke enam pizza buatan sendiri. dibakar kat belakang gerai jer. sekali sekala tukar selera pun sodap beb
menu ke tujuh spaghetti. ada dua kuah menjadi pilihan sama ada krim atau pun sos tomato. taukey gerai ni macam bekas chef jer wa tengok. anak-anak dara mesti kegerai ni. taukey gerai hensemlah katakan
last sekali gerai jual nasi ambeng. Kalau orang jawa tau ar apa dia nasi ambeng ni. wa dah tiga tahun tak jumpa bob ( baju hitam ) si taukey gerai ni. Dulu dia berniaga dekat bazaar ramadhan Len Seng tapi selepas tu wa tak tau dia berniaga dimana. Dan juadah berbuka puasa wa semalam adalah nasi ambeng. Melepaskan rindu pada nasi ambeng ... hehehe
Ini dia nasi ambeng nya. Nasi putih besrta mee goreng + sayur kacang ngan tempe + soon, sambal kelapa dan gulai ayam. pherghhh !! sedap giler ooo. Bila dah pekena tersadar kekenyangan beb. tu pasal wa tak on line semalam .... ahak ahak ahak