10 August 2010

Lafaz Dan Niat Puasa Ramadhan

Bila hari pertama nak puasa ni teringat pesan emak masa dulu-dulu. Niat puasa tu mulakan dulu dengan niat yang sebulan sebelum tidor  supaya nanti kalau kita terlupa nak baca / niat atau tak terbangun sahur ( kebanyakkan orang niat semasa sahur ) puasa kita tetap diterima kerana kita sudah berniat untuk puasa sebulan ramadhan. 
Lafaz / Niat Puasa Selama Sebulan :
 
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Nawaitu sauma syahri romadhona kulillahhi ta’ala”
Niatkan Di dalam Hati : Sahaja Aku Berpuasa Keseluruhan Ramadhan Tahun Ini Kerana Allah Ta'ala.

Lafaz / Niat Harian Puasa Ramadhan :

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ
السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
 
“Nawaitu sauma ghodin an’adaie fardi syahri romadhona hazizhi
sanati lillahhi ta’ala”
Niatkan Didalam Hati : " Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari Bagi Menunaikan Fardu Ramadhan Tahun Ini Kerana Allah Ta'ala".
 
" Selamat Menunaikan Ibadah Puasa "



4 comments

10:56 PM, August 10, 2010

Salam...

Info yg bagus utk di kongsi bersama...

11:01 PM, August 10, 2010

Iza :
Ingat mengingat. Kadang-kadang wa pun lupa gak ... hehehe

12:46 AM, August 11, 2010

selamat berpuasa juga.. :)

8:24 AM, August 11, 2010

anis :
Terima kasih kerana sudi singgah cni :)

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.