04 October 2010

Kalau Berpacaran

wa biasa mendengar lagu dari Sohaimi Mior Hassan sejak dari kecil lagi. wa membesar dengan lagu Epilog cinta dari Bromley, Ros,  Misteri Cinta dan banyak lagi. ( Yang tengah bercinta tu mesti tangkap leleh mendengar lagu-lagu tersebut. Kalau tidak percaya anda cuba cari kat You tube dan dengar ).
Dalam bulan mei di majlis Cipta Ekspres 2010 yang berlangsung di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson Sohaimi telah bergabung dengan Ana Raffali serta Altimet untuk mendendangkan lagu ' Kalau Berpacaran ' dan lagu ini terpilih menjadi juara di antara 10 lagu yang telah dicipta pada malam itu.
Walaupun di cipta secara express tapi lagu ini bagi wa sedap di dengar dan ada unsur-unsur nasihat. Sebenarnya memang perlu lagu seperti ini di perbanyakkan bagi menasihati remaja secara santai. Memang sempoi lagu ni. Sesiapa yang tengah hangat bercinta tu dengar-dengarkanlah. Layann  !!

Ana Raffali yang cute.



Kalau Berpacaran.

[ Sohaimi Mior Hasan ]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[ Ana Raffali ]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[ Altimet ]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2X

Sohaimi Mior Hassan + Ana Raffali + Altimet




35 comments

11:38 PM, October 04, 2010

haha nasib baik apyzs jenis yang tak tangkap leleh...

11:50 PM, October 04, 2010

keh keh keh, aku suka je lagu Suhaimi nih.. "suatu hari nanti" perghh masyukkk

12:22 AM, October 05, 2010

apyz's :
belum cukup syarat. itu pasal lum
leleh lagi ... keh33

padin :
ko pon layan gak lagu sohaimi ni
padin ... he33

12:48 AM, October 05, 2010

Epilog Cinta Dari Bromley tu memang best.. Suka suka suka sangat.. Heehee.. :p

Sape yang berchenta berpacaran ni.. Makwe ke pakwe? Isk3.. Tak habaq pon naa dah jumpe calon-calonnya.. :p

12:51 AM, October 05, 2010

layan gak lagu nie... aku baru nak buat.. skali dengar dah nak tahu tajuk.. memang banyak nasihat.. sape2 yang berpacaran tue jage la pantang larang ye.. hahha..

Anonymous
12:57 AM, October 05, 2010

isk2.. tak tahu pun~

12:57 AM, October 05, 2010

dRFarhana :
Haip !! jgn dok gossip. bahaya tuu ... keh33

Chaon :
Jangan pegang-pegang der !! keh33

1:24 AM, October 05, 2010

wahahaa..!! best lagu nih! terus download.. =P

1:29 AM, October 05, 2010

maCy :
apa yg tak tau tu .. :)

Farah :
Memang sedap di dengar lagu ni. sempoi ... :)

1:31 AM, October 05, 2010

jiwang karatz gak lu ni

7:15 AM, October 05, 2010

liriknye best...hahaha,pacar tuh bukan inai ke??


overall,lagu nih best la.

7:51 AM, October 05, 2010

Gadis comel :
Lelaki kalau jiwang dia penyayang ... keh33

cik jari :
pacar tu couple ar. kalu acar, yang
makan ngan nasi minyak tu. cik j
bila lagi nk jamu wa nasi minyak ... har33

7:54 AM, October 05, 2010

lagu nasihat ni..

10:03 AM, October 05, 2010

eh...aku penah dengar lagu ni tapi tak tau lagu sapa...haha... skrg baru tau...yg rap rap dia tak bape best...harhar

4:50 PM, October 05, 2010

sedap lagu ni..
sbnrnye ni lagu lama ke lagu baru ek?

:) best..

6:53 PM, October 05, 2010

boleh tahan gak lagu ni..hahaha..
senang nak igt la..
nmpk dr segi lagu tu...ada campur2 la..mcm jenis lagu tu..hehe...

11:48 PM, October 05, 2010

aku dh dengar lagu dia bro..mmg terbaik..suara laki tu mmg rare giler...ssh nk cari suara jantan mcm tu...

11:52 PM, October 05, 2010

ezany-kun :
Lagu nasihat kpd yg tengah bercinta ..:)

Mario :
wa baru nk kenal ana rafalli ari ni .. keh33

LadyBird :
Ni lagu baru tapi rentak dan irama
lagu ni cam lagu dulu2

nekmo :
x bleh tahan ar bie. asyik dok
ulang2 lagu ni ... keh33

12:05 AM, October 06, 2010

black_mel :
tu penyanyi vateran mel. dia popular
awal tahun 80an. Bila digabungkan
penyanyi vateran ngan penyanyi
sekarang hasilnya lagu tu ar :)

Anonymous
9:06 AM, October 06, 2010

org ckp dia punya lirik la...
singkat..dok ulang byk kali..senang nk hafal..hahaha

-nekmo-

11:27 AM, October 06, 2010

wa angguk2 geleng2 je dgr lagu ni..


cantik nye dia...


ok..


se~ler.

2:49 PM, October 06, 2010

oo lagu ni dah penah dengo..suara mior tu mmg jantan habis hehehe

7:54 PM, October 06, 2010

nekmo :
wa lah yg tak bleh tahan bie. dok
asyik ulang dengaq lagu ni. dah
berpuluh kali ulang ni ... keh33

Naj Hebat :
wa ingat wa sorang jer dok
terhanguk2 dengar lagu ni :)

miss :
sora wa pun sora jantan gak .....
jantan yg terhangat dipasaran ... keh33
lama menghilang ko gi mana weii ..

8:07 AM, October 07, 2010

selalu dgr lagu tu..
hahaha
kalau ade kekasih tu...
kenala berpada2~

11:53 AM, October 07, 2010

tak sangka lagu ni buat secara ekspress jer..

9:00 PM, October 07, 2010

Nina :
Berpada2 pa nyer tu ... he33

ezany-kun :
yg menciptanya berbakat. tu sebab
leh siap dalam satu malam jer :)

1:37 PM, October 08, 2010

baru gua pasan gua comel mcm ana raffali la.......!!hahahaah

8:10 PM, October 08, 2010

x penah dgr pon..wakaka..larikssss :P

9:03 PM, October 08, 2010

Aliesya Amani :
lu memang pasan beb ... har33

budak nakal :
meh cni nk peliat telinga tu kasi dengar ... keh33

12:22 AM, October 09, 2010

baik.. sy seorang pendengar nasihat yang baik.. hahhahaha..

12:54 AM, October 09, 2010

chaon :
Bagus3X. Dengar nasihat. anak sapalah ni ... keh33

8:25 PM, October 10, 2010

smlm masuk sini tp tk boleh nk buka pun blog wa...hari ni baru ok tp slow sgt sbb guna tenet xplorer je..best gak layan lagu ni..pulak tu tgh mcm ni...

9:34 PM, October 10, 2010

sis ida :
Layan jer sis kasi mood happy datang :)

3:06 PM, November 04, 2010

Salam..
Tak pernah dgr plak lagu ni...

9:37 PM, November 04, 2010

Iza :
wsalam. mesti ko jarang dengar radio sejak dua menjak ni .. :p

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.