21 March 2011
Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya
Rembesan Idea :
wachak
Pada :
11:30 PM
Sudah dua kali wa terlepas peluang untuk pergi ke fiesta belon panas ini tapi pada hari ahad lepas wa berkesempatan berada di tapak fiesta untuk seketika. Walaupun wa menetap di Kuala Lumpur, ini adalah buat julung kalinya wa menjejakkan kaki di Putrajaya ( buat malu muka jer dengan orang luar KL ... keh33). Setelah hampir setengah jam berpusing mencari tempat letak kereta, barulah dapat parking kereta. Tersenyum lebar tanda puas hati kerana sudah dapat parking tapi belum pun sempat injin kereta dimatikan, hujan rahmat pun turun mencurah-curah. emmm ... hampa lagi buat kali ketiga. Terpaksa tunggu lagi tahun depan .. hu33
Bila tidak dapat hajat dihati nak naik belon panas, wa buat acara ronda-ronda pulok
ps : wa terpegun melihat keindahan senibina bangunan di Putrajaya. Cantik tersusun tetapi ianya seperti bandar yg di tinggalkan bila mana hari cuti. Kalau tiada fiesta belon panas ini wa rasa mungkin keadaannya lebih sunyi lagi.
13 comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)