Showing posts with label Ronda. Show all posts
Showing posts with label Ronda. Show all posts
21 March 2011

Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya

Sudah dua kali wa terlepas peluang untuk pergi ke fiesta belon panas ini tapi pada hari ahad lepas wa berkesempatan berada di tapak fiesta untuk seketika. Walaupun wa menetap di Kuala Lumpur, ini adalah buat julung kalinya wa menjejakkan kaki di Putrajaya ( buat malu muka jer dengan orang luar KL ... keh33). Setelah hampir setengah jam berpusing mencari tempat letak kereta, barulah dapat parking kereta. Tersenyum lebar tanda puas hati kerana sudah dapat parking tapi belum pun sempat injin kereta dimatikan, hujan rahmat pun turun mencurah-curah. emmm ... hampa lagi buat kali ketiga. Terpaksa tunggu lagi tahun depan .. hu33 




Bila tidak dapat hajat dihati nak naik belon panas, wa buat acara ronda-ronda pulok





ps : wa terpegun melihat keindahan senibina bangunan di Putrajaya. Cantik tersusun tetapi ianya seperti bandar yg di tinggalkan bila mana hari cuti. Kalau tiada fiesta belon panas ini wa rasa mungkin keadaannya lebih sunyi lagi.

16 September 2010

I - City Shah Alam


Idea untuk buat entry terbaru susah nak perah maklumlah sudah cuti raya seminggu. Oleh kerana sudah seminggu tiada entry terbaru kat belog wa ni wa nak kongsikan gambar semasa wa singgah di I City Shah Alam dua minggu yang lepas. Orang pergi I City bila matahari dah terbenam tapi wa singgah matahari tengah terpacak di atas kepala ...  wakakaka. Tapi puas hati juga kerana orang dah bercerita tentang I City ni sudah lama tapi wa belum berkesempatan untuk singgah di sana. Dan akhirnya dapat juga wa jejakkan kaki dekat I City tu walaupun disiang hari. Bila singgah siang ni pree ar tapi dengar citer kalau singgah pada hari isnin malam  hinggah khamis malam  dikenakan bayaran RM5.00 dan pada  malam hujung minggu dikenakan bayaran RM10.00.


Yang ni pemandangan di tengah malam.