01 August 2011

Bazaar Ramadhan - 2011

Tahun ni bazaar Ramadhan semacam tidak semeriah bazaar Ramadhan tahun lepas. Tiada menu yang istimewa yang dilihat sepanjang lebih 30 gerai yang dikunjungi sebentar tadi. Mungkin langkah beringat untuk memperkenalkan menu baru supaya tidak menanggung rugi jika menu yang diperkenalkan tidak mendapat sambutan.

Cuba cari juga jika ada kuih pink seperti tahun lepas.  Terjumpa juga tetapi dalam versi hijau. Intinya belum tahu lagi. Kena tunggu berbuka dulu baru tahu sama ada kuih hijau itu berinti kacang atau pun berinti kelapa. Harga bagi kurma Mariami kering naik lagi. RM30 hinggit sekilo berbanding tahun sebelum nya. walau apa pun hidangan yang anda nikmati wa ucapkan selamat berbuka puasa.

14 comments

8:21 PM, August 01, 2011

salam Bro..
selamat berbuka puasa..
saya berbuka simple je nih
nasi campur..he he..masih
di tempat kerja..
:)

8:24 PM, August 01, 2011

Assalam chak..best tak kuih hijau tu, akk panggil buah peria, inti apa dlm tu...bazar kat mana tu chak,

8:28 PM, August 01, 2011

hehe aku layan nasik kerabu untuk hari pertama :D

9:41 PM, August 01, 2011

aku pggl kuih hijau tu 'kuih ku'.
aku suka yg inti kacang hijau..

tadi beli gak murtabak 2 keping. feveret anak sulung.

10:44 PM, August 01, 2011

Assalam..
Tukang masak tu pun nak ubah selera jgk pada warna...
aku makan kurma bertangkai dlm kotak je...hehe..

11:15 PM, August 01, 2011

salam ziarah di malam kedua ramadhan....

2:10 AM, August 02, 2011

zulkbo :
wsalam bro. bila singgah blog bro, menarik juga menu hari ni ... he33

Kak Liza :
wsalam. Dorang panggil kuih ku. yg dicari inti kacang tapi yg dapat inti kelapa

Padin :
wa x bleh makan nasi masa berbuka. alergik ... he33

Kak Ngah :
peberet yg inti kacang tapi silap tadi x tanya, dapat inti kelapa. mertabak tu menu wajib ... he33

Iza :
Yg ijau ni versi negeri lain kot. Dah terbiasa beli / makan kurma timbang. Tahun lepas beli yg segar punya ( ada tangkai ) tapi tekak ni lebih sesuai yg versi kering :D

Rasta :
terima kasih kerana sudi singgah dan komen. salam kenal

7:15 AM, August 02, 2011

sy kalau g bazar, tak cari benda pelik2 pun, mmg dri rumah dah aim nak kuih ape, so sampai2 terus jumpe, heheh.

p[A]n[A]d[O]L
8:33 AM, August 02, 2011

selamat berbuka untuk ari nie lak bro..
agaknya apa menu tuk ari nie?hehehhe

11:18 AM, August 02, 2011

belum berkesempatan lagi ke bazar..xpe, baru masuk 2hari ye dok. ekekeke

6:33 PM, August 02, 2011

Intan Izani :
Kuih biasa2 dah selalu makan. time puasa ni lah kuih yang luar biasa selalu keluar ... he33

Panadol :
Hari ni menu special. Pulut kukus dalam periuk kera bersama rendang daging ... he33

hanaahmad :
esok masih ada kan ... keh33

11:49 PM, August 02, 2011

untung dpt mkn murtabak.haha.bg sini skit chak,hehe

7:56 AM, August 03, 2011

PM :
mai ler cni. bleh kongsi2 ... he33

9:37 PM, August 13, 2011

belum makan murtabak lagi bulan Puasa ni...heheh

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.