Bukan tidak mahu ke klinik kerajaan yang kos bagi rawatan dan ubat-ubatan hanya sekitar RM5 tapi faktor kekangan masa. Banyak masa dibazirkan untuk ke klinik kerajaan. Daripada tersangkut didalam kesesakkan jalanraya di awal pagi sehinggalah kesesakkan dikauter pendaftaran / ubat di klinik kerajaan tersebut. wa bercakap ni di atas pengalaman wa sendiri. Bukan hanya menuduh sembarangan. Pernah sekali tu wa daftar dikaunter pada jam 8.30 pagi dan selesai seisi rawatan dan mengambil ubat-ubatan di kaunter yang berasingan pada jam 1.00 pm. Boleh hilang demam ar bila tunggu untuk mendapat rawatan di klinik kerajaan. Itu belum nengok lagi nurse yang menjalankan tugas .... keh33
ps: wa tengah mamai disebabkan ubat selsema yang wa makan. ngantuk derrr !!
