Showing posts with label Kamera. Show all posts
Showing posts with label Kamera. Show all posts
18 October 2010

Kamera Pentax Super A Untuk Dijual

Picit gambar untuk format 3D

Setiap orang ada hobi kan. Salah satu hobi wa suatu ketika dulu adalah mengambil gambar. Kamera ni yang pertama wa beli.  Yang second hand punyalah. Nak beli yang baru tak mampu. Bersusah payah ngompol duit baru dapat beli. Dengan kamera ni sudah jauh wa jalan. Sudah banyak kenduri kawin wa pergi semuanya kerana dijemput untuk menjadi juru kamera tidak bertauliah. Tapi bila zaman kamera  fully automatic  ( digital ) melanda wa pun tak nak ketinggalan juga. Maka Kamera  Pentax Super A yang semi auto ni pon wa parking kat rumah abah. Bila teringat balik kat kamera ni wa pun tanyalah dekat abah mana perginya kamera wa ni. emm ... duduk bawah katil rupanya. Daripada duduk bawah katil, lebih baik wa jual kepada sesiapa yang berminat dengan kamera antik ni. Ada juga faedahnya. Kepada sesiapa yang berninat bolehlah hubungi wa di email address yang tertera di gambar. Harga boleh dirunding lagi. Download PDF Manual dekat sini ~ Pentax Super A.

PS : Ini offer dari wa. Jika ada pembeli yang membeli dengan harga tawaran seperti didalam gambar diatas tanpa rundingan, wa akan berikan secara percuma kamera yang kedua yang pernah menjadi koleksi wa. Kamera jenama Pentax Zoom105-R ( auto focus ).

Pentax 105-R - 1992 / 93

PS : Kedua-dua kamera ini sudah lama tidak digunakan. Oleh kerana Kamera Pentax Super A sudah agak terlalu lama berada dibawah katil, terdapat sedikit fungus di lensa kamera tersebut.