16 September 2010
I - City Shah Alam
Rembesan Idea :
wachak
Pada :
6:31 PM
Idea untuk buat entry terbaru susah nak perah maklumlah sudah cuti raya seminggu. Oleh kerana sudah seminggu tiada entry terbaru kat belog wa ni wa nak kongsikan gambar semasa wa singgah di I City Shah Alam dua minggu yang lepas. Orang pergi I City bila matahari dah terbenam tapi wa singgah matahari tengah terpacak di atas kepala ... wakakaka. Tapi puas hati juga kerana orang dah bercerita tentang I City ni sudah lama tapi wa belum berkesempatan untuk singgah di sana. Dan akhirnya dapat juga wa jejakkan kaki dekat I City tu walaupun disiang hari. Bila singgah siang ni pree ar tapi dengar citer kalau singgah pada hari isnin malam hinggah khamis malam dikenakan bayaran RM5.00 dan pada malam hujung minggu dikenakan bayaran RM10.00.
Yang ni pemandangan di tengah malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)