Showing posts with label Tutorial | wordpress. Show all posts
Showing posts with label Tutorial | wordpress. Show all posts
06 September 2010

Menukar Latarbelakang Blog | wordpress


Kali ni wa buat tutorial atas pertanyaan cikmin bagaimana nak tukar latarbelakang blog versi wordpress. wa ni bukan pakar dalam wordpress tapi wa suka explore benda baru. Jika ada kekurangan harap dimaafkan. Seronok juga bila guna wordpress ni. Bila belajar macam ni senang nak paham. Belajar, cuba buat seperti yang telah belajar dua tiga kali lepas tu ajar balik dekat orang lain.  Kalu yang sudah pakar dalam wordpress tu kalau ada kesilapan yang tidak disengajakan  dalam tutorial ni silalah tinggalkan komen anda. Boleh lah wa perbaikki mana-mana kesalahan tentang cara-cara menukar latarbelakang wordpress ni.

Langkah-langkah yang perlu diambil :
  1. Cari / design dulu latar belakang yang hendak di letakkan di blog wordpress anda. Pastikan file disimpan dalam bentuk .png
  2. Mesti ada sofeware FTP. Jika tiada anda boleh sedutnya di sini. wa lebih senang menggunakkan Filezilla.
  3. Buka filezilla kemudian isikan bahagian > Host ( url blog anda ) > username > password  kemudian click quickconnect. ( username + password diberi melalui e-mail semasa anda mendaftar hosting blog anda dulu )
  4. Sedut file .png gambar latar belakang ke wordpress file. ( seperti dalam video ).
  5. Buka wordpress dashboard >  pergi kebahagian appearance > Editor > bahagian styles > click stylesheet ( style.css ).
  6. Cari html code seperti dibawah > tukarkan nama file  gambar sedia ada kepada file gambar yang baru di uploadkan tadi.
body {
    background:#d9d9d9 url(./images/page04.png)  repeat-x 0 0;

     7. Click update file. selesai. selamat mencuba. Enjoyyyy !!