06 September 2010

Menukar Latarbelakang Blog | wordpress


Kali ni wa buat tutorial atas pertanyaan cikmin bagaimana nak tukar latarbelakang blog versi wordpress. wa ni bukan pakar dalam wordpress tapi wa suka explore benda baru. Jika ada kekurangan harap dimaafkan. Seronok juga bila guna wordpress ni. Bila belajar macam ni senang nak paham. Belajar, cuba buat seperti yang telah belajar dua tiga kali lepas tu ajar balik dekat orang lain.  Kalu yang sudah pakar dalam wordpress tu kalau ada kesilapan yang tidak disengajakan  dalam tutorial ni silalah tinggalkan komen anda. Boleh lah wa perbaikki mana-mana kesalahan tentang cara-cara menukar latarbelakang wordpress ni.

Langkah-langkah yang perlu diambil :
  1. Cari / design dulu latar belakang yang hendak di letakkan di blog wordpress anda. Pastikan file disimpan dalam bentuk .png
  2. Mesti ada sofeware FTP. Jika tiada anda boleh sedutnya di sini. wa lebih senang menggunakkan Filezilla.
  3. Buka filezilla kemudian isikan bahagian > Host ( url blog anda ) > username > password  kemudian click quickconnect. ( username + password diberi melalui e-mail semasa anda mendaftar hosting blog anda dulu )
  4. Sedut file .png gambar latar belakang ke wordpress file. ( seperti dalam video ).
  5. Buka wordpress dashboard >  pergi kebahagian appearance > Editor > bahagian styles > click stylesheet ( style.css ).
  6. Cari html code seperti dibawah > tukarkan nama file  gambar sedia ada kepada file gambar yang baru di uploadkan tadi.
body {
    background:#d9d9d9 url(./images/page04.png)  repeat-x 0 0;

     7. Click update file. selesai. selamat mencuba. Enjoyyyy !!

10 comments

10:12 AM, September 06, 2010

salam chak..makasihhhhhhhhhh!first blog cikmin singgah pagi ni bila tengok ada mesej kat cetbox...cikmin dah bookmark..later baru boleh cuba ni..sekarang nak settle kuih raya dulu..

p/s terima kasih daun keladi..len kali boleh la minta tolong lagi..hiks.. :P

10:50 AM, September 06, 2010

wahh.. respek la chak.. guna blogger tp buat tuto wordpress.. clap2..

11:29 AM, September 06, 2010

Selamat Hari Raya Aidilftri
Maaf Zahir dan Batin

6:47 PM, September 06, 2010

cikmin :
Tak pa. pelan-pelan kayuh.Tengah buat kuih per tu. udah siap antar ar sebekas .. he33

ezany :
Sekadar berkongsi jer. ari tu ada ar study ckit2. Ko pun per kurang nya weii ... he33

atan athen :
Selamat menyambut Hari raya juga.
Hati2 dijalan raya :)

9:21 PM, September 06, 2010

wah...pakai blogspot tp terer wordpress...nice2..lps ni aku nak wat blog wordpress 1...

7:33 AM, September 07, 2010

black_mel :
~ sampei bab tu jer wa study lepas
tu sifu wa pencen ngajar ... ha33

~ Buka ar satu guna wordpress. mula2
guna yg pree ( cam dot co.cc, cz.cc
ataupun dot wordpress ker ). lepas
tu up ler ke dot com :)

2:26 PM, September 07, 2010

TQ for sharing..sy guner blogspot dan taktau langsung pasal wordpress..

Sekarang sy percaya wachak betul2 casanovalah...blospot layannn wordpress pon layann gakk..cayolahhh...

salam kenal dr sayer..

6:52 PM, September 07, 2010

shiela :
~ wa blogspot dah lama guna tapi
wordpress baru nak kenal. Kalau nak
cuba wordpress guna yg pree punya
cam blogspot. Tak kenal maka tak
cinta kan so kenal2lah dengan
wordpress. pasti jatuh hati punya :P

~ ha33 .. casanova yg dah due expiry
date. x leh renew lagi.

~ salam kenal gak :P

10:39 PM, September 07, 2010

perghhh...aku nak try gak tp masa takde...tgkla lps raya nanti camana...hehe

7:57 AM, September 08, 2010

mario :
try mario jgn tak try. wa sekarang tengah dok study flash lak. agak susah gak nk main ngan flash ni maklumlah zero basic :P

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.