02 January 2012

Mascot Terbaru KFC 2012





    Cuti tahun baru ni wa tidak pergi kemana pun. Sekadar mengisi masa dengan meronda ronda di pusat membeli belah. Hati teringin memilikki sebuah handphone baru bagi mengantikkan model lama Nokia N96. Pada awalnya nak cari smartphone model HTC Wildfire S. Tapi masa servey siang tadi model handphone HTC ni tidak ada dikebanyakkan kaunter yang menjual handphone. Yang paling banyak dipamerkan adalah model Samsung. Sempat juga membelek model Samsung Galaxy Wonder. Kalau tidak kuat semangat tadi memang sudah di beli Samsung Galaxy W tapi oleh kerana belum lagi berkesempatan untuk melihat model HTC Wildfire S secara dekat, wa batalkan dulu niat nak membeli handphone baru. Sesiapa yang telah memilikki handphone salah satu model yang dinyatakan diatas, tolong bagi pendapat sikit diruangan komen. TK
      Panjangnya mukadimah entry kali ni. Letak gambar lain tapi bercerita hal lain ... he33.  Sebenarnya wa nak sentuh bab KEBERSIHAN. Hilang selera makan wa bila tengah makan terpaksa berebut dengan lalat. Sebelah tangan menyuap makanan dan sebelah lagi terpaksa mengibas ngibas untuk menghalau lalat. Kalau seekor dua tidak mendatangkan kegelisahan tapi bila dah banyak tu, faham faham saja lah. Pada pihak yang menjalankan perniagaan makanan ni, tolonglah beri perhatian kepada kebersihan premis perniagaan anda.
01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

       Pejam celik pejam celik dah tiba tahun baru. Suka tidak suka kita terpaksa juga meninggalkan tahun 2011. Terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang wa berblogging tahun ini. Semuanya itu mematangkan lagi wa bagi membuat segala tindakkan dan keputusan dimasa yang akan datang. Terima kasih juga kepada pengunjung / teman teman dan para sahabat yang sudi berkunjung ke blog Republic guaOtai ni. Semoga tali silatulrahim yang terbina diantara kita semua terus kekal buat selamanya.
        
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
29 December 2011

I Know What you Did




   Entry ni wa buat bukan bertujuan untuk mencari gaduh, jauh sekali untuk memalukan sesiapa tetapi sekadar untuk mengingatkan kepada yang baru nak menceburkan diri didalam dunia blogger. wa rasa penyakit ni sudah merebak balik. Masih ada lagi yang nak buat keuntungan dengan cara yang mudah. Sebelum itu wa nak tanya sikit, adakah anda faham setelah melihat ketiga tiga gambar yang wa letakkan diatas.
   Bagi blogger yang sudah lama berblogging tu, pasti sudah dapat menangkap dan tahu apa yang ingin wa perkatakan setelah melihat gambar diatas. wa kurang pasti untuk melabelkan orang yang menipu bagi mendapatkan trafik dengan cara sebegini. Berblogwalking tanpa pergi kepada blog orang lain. Rasanya mereka mereka ini pun akan marah jika jika perkara tersebut berlaku keatas blog mereka. wa berharap sangat berhentikanlah blogwalking menggunakan sofware ni. Kunjungilah blog para sahabat dengan cara yang jujur.

  • Gambar pertama itu screenshot dari cbox di blog wa
  • Gambar yang kedua itu dari dashboad cbox dan
  • Gambar yang ketiga itu dari CCTV blog. Merekodkan setiap apa yang anda lakukan walaupun anda tidak meninggalkan jejak.
  • Picit gambar untuk penglihatan yang lebih jelas.
ps :  Jika anda masih blur apa yang wa cuba sampaikan, cuba tanya pakcik google tentang penipuan blogwalking ataupun penipuan trafik
28 December 2011

Wordless Wednesday - Orang Kaya Baru


ps : Kaya sekejap saja. Bila sudah bayar hutang kredit kad dah tinggal separuh ... sob sob sob