Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

       Pejam celik pejam celik dah tiba tahun baru. Suka tidak suka kita terpaksa juga meninggalkan tahun 2011. Terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang wa berblogging tahun ini. Semuanya itu mematangkan lagi wa bagi membuat segala tindakkan dan keputusan dimasa yang akan datang. Terima kasih juga kepada pengunjung / teman teman dan para sahabat yang sudi berkunjung ke blog Republic guaOtai ni. Semoga tali silatulrahim yang terbina diantara kita semua terus kekal buat selamanya.
        
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
06 November 2011

Salam Eidul Adha

Di kesempatan ini wa ingin mengucapkan selamat meyambut Eidul Adha buat pengunjung republik guaOtai dan selamat menjalani ibadah korban. Semoga apa yang telah dan akan kita lakukan diberkati oleh Nya. Kepada yang nak balik kampung tu berhati hati dijalan raya semasa memandu. Biar lambat asalkan selamat sampai kedestinasi yang dituju. Salam Eidul Adha sekali lagi buat semua.

29 August 2011

Selamat Hari Raya Eidulfitri

Dikesempatan ini wa nak ucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Eidulfitri buat pengunjung blog Republic guaOtai. Mohon maaf jika sepanjang perkenalan kita secara maya ini ada perkara-perkara yang  secara sengaja atau pun tidak, membuatkan anda tersinggung rasa. Semoga Eidulfitri kali ini membawa seribu kebaikkan dan kebahagiaan buat anda semua.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi mengirimkan kad raya serta ucapan. Sudah lama tidak merasai perasaan teruja sebegini.

ps: sudi-sudikanlah ambil kad raya di atas sebagai penghias blog. tq

31 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak


         
       Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya kita masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan tahun ini.  Buat pengunjung blog Republic guaOtai wa ingin memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yang wa lakukan.  Semoga Ramadhan kali ini  bakal membawa keceriaan dan keberkatan kepada kita semua. Selamat menunaikan ibadah puasa.



ps : Jangan lupa bersahur.
pss : Lafaz dan niat puasa : click dekat sini
07 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Selamat menyambut tahun baru hijrah kepada sahabat yang sudi singgah di blog wa ni. Moga bertambah kebaikkan di tahun yang akan datang ini.

Lagu Tema Maal Hijrah 

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

ps : aighhh !! kena kejer der ... nasib-nasib .. hu33
17 November 2010

Selamat Menyambut Aidil Adha


Kepada pengunjung blog republic guaOtai dan sahabat maya sekalian. Di kesempatan ini wa nak ucapkan 'Selamat Menyambut Aidil Adha'. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Kalau makan daging korban tu jangan berlebihan wokey. Kepada yang nak final exam tu jangan beraya sakan.

Sebagai  peringatan. Antara perkara sunat yang dilakukan semasa Aidil Adha.

  • Tidak makan sehingga selesai solat Aidil Adha. Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi s.a.w keluar untuk solat Aidil Fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada Aidil Adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
  • Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya. Di riwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

09 September 2010

Edisi Khas | Salam Aidilfitri

Pejam celik, Pejam celik dah sebulan berpuasa.
Pejam celik, Pejam celik esok dah Raya.
Sebelum pejam tak celik-celik Ampun maaf wa pinta.
Salam Aidilfitri dari wa serta keluarga.

Kepada pengunjung blog republic guaOtai serta para sahabat maya wa, di kesempatan ini wa mohon ampun dan maaf jika ada kata terguris rasa, ada coretan membekas lara, ada gurauan menoreh luka. Sesungguhnya wa hanya insan biasa. Semoga tali silaturrahim sesama kita semakin erat dengan kehadiran Aidilfitri kali ini.

ps : sudi apa kiranya yang singgah diblog ini terima kad raya diatas sebagai penghias blog anda. ThankQ.
10 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan


" Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan ". Diam tak diam esok lusa dah mula puasa. Teruja dan seronok nyer perasaan wa ni. Sebelum bermula nya puasa ni wa nak mohon maaf pada member / visitor blog guaotai yang mana ada terkasar bahasa, tersinggung rasa. Maklumlah wa ni insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Sekadar Peringatan :
  • Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : Barang siapa berbuka sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak dapat mengqadhakan nya, walaupun berpuasa seumur hidup, walaupun dia dapat melakukannya.
09 May 2010

Khas Buat Bonda Ku

Bonda - M Nasir
Mengapa Kanta Ini Masih Berkaca
Sedangku Telah pun Terima Di Dalam Redha
Segala Kepahitan
Pengalaman Menjadi Penawar
Mengejar Impi Ke Pintu Syurga

Duhai Bonda
Bilakah Akan Ku Kecapi Kasturi
Penebus Maruah
Dan Semangat Lama

Mengapa Sinar Neon Dan Gedung Indah
Kotaraya Yang Menjanjikan Sejuta Rasa
Sejuta Haruman
Kini Menjadi Penjara Jiwa
Ku Yang Merindukan Ketenangan

Duhai Bonda
Hari-hariku Kini Berlalu
Bagaikan Bahtera
Tanpa Layar Dan Kemudi

Bonda
Akhirnya Terbongkar Jua Rahsia
Tangisan dan Gurindam
Keramat Kasih Sayang Mu

Bonda
Saat dan Pertemuan Semula
Kita Kali Ini
Akan Ku Abadikan
Keramat kasih Sayang Mu

Oh! bonda
Bonda

PS: Terima Kasih kerana menjadi ibu kepada kami lima beradik. 
Pengorbanan mu tidak dapat kami balas. Selamat menyambut 
Hari Ibu yang ke 42. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan 
rejeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya.
27 November 2009

Aidil Adha



~ Buat pengunjung guaoatai.blogspot.com wa nak ucapkan selamat menyambut Aidil Adha. Jika ada bahasa yang menyinggung rasa jutaan maaf dipinta.