09 May 2010

Khas Buat Bonda Ku

Bonda - M Nasir
Mengapa Kanta Ini Masih Berkaca
Sedangku Telah pun Terima Di Dalam Redha
Segala Kepahitan
Pengalaman Menjadi Penawar
Mengejar Impi Ke Pintu Syurga

Duhai Bonda
Bilakah Akan Ku Kecapi Kasturi
Penebus Maruah
Dan Semangat Lama

Mengapa Sinar Neon Dan Gedung Indah
Kotaraya Yang Menjanjikan Sejuta Rasa
Sejuta Haruman
Kini Menjadi Penjara Jiwa
Ku Yang Merindukan Ketenangan

Duhai Bonda
Hari-hariku Kini Berlalu
Bagaikan Bahtera
Tanpa Layar Dan Kemudi

Bonda
Akhirnya Terbongkar Jua Rahsia
Tangisan dan Gurindam
Keramat Kasih Sayang Mu

Bonda
Saat dan Pertemuan Semula
Kita Kali Ini
Akan Ku Abadikan
Keramat kasih Sayang Mu

Oh! bonda
Bonda

PS: Terima Kasih kerana menjadi ibu kepada kami lima beradik. 
Pengorbanan mu tidak dapat kami balas. Selamat menyambut 
Hari Ibu yang ke 42. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan 
rejeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya.

11 comments

11:05 AM, May 10, 2010

salam wachak..,

selamat hari ibu buat ibu wachak..
eh mana datangnya 42 tu? umur ibu wachak 42 tahun ke? mudanya...

10:25 PM, May 10, 2010

SMM :
Itu bukan umur mak wa lah sis. emak wa dah jadi ibu sejak 42 tahun yg lalu. Kiranya umur abg wa yg sulong .... hehehe

12:50 PM, May 11, 2010

pic mak ko ekk cun wehh

6:28 PM, May 11, 2010

cunnya mak wa....

10:12 PM, May 11, 2010

miss, sis ida :
cun eirk omak den. Lum nengok si anak nya lagi ... ha ha ha

6:28 PM, May 12, 2010

kalau mak dah cun anak mst macho mcm ayahnya...rasa2nya sia penah komen ayah wa hensem gitu...hihihi

11:30 PM, May 12, 2010

Idalara :
Jgn ar sis puji lebih2. macam kembang semangkuk lak wa nanti ... hahaha

11:34 PM, May 12, 2010

lagu bonda ni mmg tangkap syahdu je kalau dihayati..

12:43 AM, May 13, 2010

noor afzan :
dan tak jumu didengar berulang-ulang kali.

4:03 AM, May 15, 2010

wah dh 42 thn ek mak ko kawen? wah lamenye.. huhuhu kiranya yg plg sulung is 42 thn ar ek? :P

12:06 AM, May 16, 2010

arieza :
43 tahun ar nyah umur perkahwinan omak wa. umur abg wa yg sulung ar yg 42 tahun tu .. hehehe

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.