22 November 2010
Acara Melenggang Perut
Rembesan Idea :
wachak
Pada :
12:56 AM
Ini aktiviti malam minggu wa hari tu. Lepak dekat kawasan Rehat dan Rawat Perhentian Awan Besar selepas tol lebuh raya Kesas dari Bukit Jalil Menuju ke Shah Alam. Seronok juga bila malam minggu melepak dekat situ. Ramai juga wa tengok yang singgah makan-makan sambil berjalan di malam minggu. Yang mana teringin nak makan satey kajang tu tidak payah lagi ke Kajang. Hanya singgah disini dan anda boleh menikmati satey Kajang Haji Samuri. wa rasa kalau nak buat perjumpaan antara blogger sambil makan-makan memang sesuai dekat situ. Tidak payah nak pening-pening kepala nak fikirkan tempat, kalau setakat nak jumpa sambil sembang-sembang. ( Ini bagi mereka yang tinggal berdekatan area cheras, Seri Kembangan, Kinrara, Klang Lama dan sekitar nya )
Bagi mereka yang sudah kehabisan idea hendak makan dekat mana di malam minggu, wa cadangkan kepada anda semua, apa kata anda singgah di kawasan Rehat dan Rawat bedekatan tempat anda. Mungkin ada sesuatu yang istimewa yang boleh dicari di situ.
ps: sudah habis makan baru teringat nak ambil gambar. so tengok resit saja ler ... he33
23 comments
Ohhhhh.. Ni aktiviti malam2 minggu yang dia selalu ilang lesap entah ke mana tu.. Dating di kawasan rawat dan rehat rupenye.. Haish.. Tak ajak ponnnnn!!! Pandai pilih port.. Pandai pilih makan.. :p
Tapi nanti kalau saye makan, bukan RM10 yang ada balance RM2.44 tau.. Saye nak makan RM60 yang tak ada balance.. Boleh ke? Ke tak boleh? Hehehe..
P/S: Dapat ke jumpe dokter chomel arini dan menurunkan BP? :p
xsuka makan sate kajang samuri..sebab rasa mcm daging dia xbest jer..xkena ngan selera kut
Jom Baca Entry Dahlia: Jumlah Pendapatan dari Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)