08 December 2010

Senja Nan Merah

Pemandangan di depan rumah wa apabila waktu senja. 

Selalunya dek kerana kesibukkan kita terlepas pandang pada kejadian dan perkara  yang menakjubkan yang berada di depan mata kita. Begitu juga dengan perkara lain yang berlaku disekeliling kita. Belajarlah menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita. Perkara yang telah berlalu tidak boleh diulang tayang kembali. Gunakan kesempatan yang ada sebaik-baiknya. 

ps :  Ini antara koleksi gambar yang wa ambil menggunakan kamera handphone. Bilalah nak dapat dslr ni ...  :)
pss : mula-mula nak cuba buat puisi tapi kelaut ... keh33


Masihkah kita termangu di bawah pepohon 
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah di bilang hari
Hanyalah debar yang terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian

Haruskah kita mencari dalam senja begini 
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah

Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah 

23 comments

12:10 AM, December 09, 2010

Perkh!! lagu awie mase muda2.. kekeke.. ni saje nak mengimbau zaman kasanova la ni kn?? hahha..

Lagu ni seswai sgt la ngan Rio.. (kot) kah2..

12:11 AM, December 09, 2010

bena skang sedang cube untuk menghargai sesuatu .:)

Makwe
12:12 AM, December 09, 2010

Wahhhhh abang pakwe.. Lagu chenta saya dolu-dolu ni.. Sebab "dia" suka lagu-lagu Awie.. Sob sob.. ;(

Betul.. Benda dah lalu tak boleh ulang tayang.. Kenangan manis kita kenang dan simpan.. Kenangan pahit kita telan.. Yang penting, hargai sekeliling kita.. Sebab kita tak tahu masa depan macam mana.. Kita jalani hidup kita seperti apa yang kita ingini dengan petunjuk DIA, selebihnya, DIA tentukan, harus bagaimana.. :)

Pandai buat puisi rupenye.. Kira hebat laa tu, ke laut.. Jauh tu peginya.. Ekeke.. :p

Selamat malam.. Sweet dream.. Panjang lak ngomennya.. Hihi..

12:51 AM, December 09, 2010

yusenze :
mengimbau x per. jgn menegenang ... keh33
har33 ... rio juga yang kena bahan ...

Bena :
cuba tapi jangan dipaksa. baru terasa nikmatnya menghargai ... he33

makwe :
pengsan sekali lagi. sebab tu x leh nk komen ... har33

Kita jadi matang dengan adanya pengalaman. x kira ianya manis pahit atau masam. sebab itu jangan dibuang terus dari ingatan walaupun ianya sepahit hempedu kerana pengalaman itu mampu membimbing kita membuat keputusan dimasa akan datang.

******************************

Berlabuh lembayung senja nan merah
Indah bak hamparan permaidani
Terpaku seketika tanpa dipinta,
Terdiam cuma, lemah dan longlai

Terimbas kenangan tanpa dipaksa
Dibuai-buia gelojak perasaan
Namun pasrah atas ketentuan ..

Tolong sambungkan. dah kelaut ni ... har33

eh !! terpanjang lak jawab .. he33. mimpi indah juga :)

1:19 AM, December 09, 2010

tapi kadang2 paksaan tuk jugak bagus kan . kalo tak pakse . tak kan menjadi . betul x? heeee~

1:38 AM, December 09, 2010

Bena :
mcam 'rela dalam keterpaksaan' erk ... he33

Bleh buat tajuk lagu ni. ala2 lagu shahir tu. kebahagiaan dalam perpisahaan ... keh33

7:26 AM, December 09, 2010

layan perasaan eh
hehe

7:31 AM, December 09, 2010

intan :
sekali sekala. cuba meluahkan yg dah lama terendam ... keh33

8:03 AM, December 09, 2010

Salam...

Cantik gambar tu...sambil layan lagu...
ada jgk "usang".hehe...

10:17 AM, December 09, 2010

1. gambar tu cantik walopun tak pakai slr

2. aku suka lagu senja nan merah ni. suka sgt. hihi.

11:01 AM, December 09, 2010

Waktu senja masuk dalam rumah
tutup pintu tingkap
kat luar
banyak setan !

3:10 PM, December 09, 2010

waa..abg wachak terer la..hik2..nak berguru!!

9:31 PM, December 09, 2010

senja2 jangan main luar umah.hee

10:16 PM, December 09, 2010

eleh2 wachak phewitttt hehehe tgk senja dandan terus jiwag ek?? ekeke :p

11:32 PM, December 09, 2010

Iza :
wsalam ... sila layan diri ... keh33

GC :
Thanks. terkenag ler tu kan :)

Linda :
Dalam rumah pong ada ler. Yang kat luar tu berkeliaran ..:)

mish :
pengsan lagi ... kui33

11:34 PM, December 09, 2010

cikbelog :
Kalu ada kat luar, jgn pandang belakang ... keh33

miss :
wa sentiasa jiwang per. baru tau erk ... he33

Anonymous
9:06 PM, December 10, 2010

serious? cantek!


hai si jewang ;p

9:54 PM, December 10, 2010

Subhanallah..cantiknyer..

10:12 PM, December 10, 2010

wah..lawa seh view sunset depan umah hang... bagus gak tengok bila bersama ngan tersayang...pewit..hehe

2:54 AM, December 11, 2010

haaaaa lebeh kureng gtu la . tapi kne redo jugak ! heee


ayt wachak selalu tersirat kan . selamat bena paham . heeee~

2:02 PM, December 11, 2010

wachak, teringin nak baca satu sajak ciptaan awak sendiri...

5:46 PM, December 11, 2010

lawa btul pemandangan tu....dh mcm guna dslr..hehe..cak..sori..aku busy...lama x singgah....skrng dh start cuti..yes2...haha...

9:14 PM, December 12, 2010

Kenangan lalu jgn dibuang, sgt baik untuk jadikan pengajaran masa kini dan selamanya..
kerana pgalaman dan kenangan lalu yg mendewasakan kita biar bagaimana pahit pun...

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.