14 January 2011

Kalau Sudah Rezeki

Video yang terawal dikeluarkan di You tube pada 05 Januari 2011 mengenai Ted William sudah di tonton sebanyak 7 juta lebih buat masa ini dan membuatkan beliau menjadi popular dalam sekelip mata. Dari seorang yang tiada rumah, hidup dengan belas ihsan orang kini beliau dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Telahpun  di tawarkan bekerja sebagai DJ radio dan mendapat tawaran untuk iklan-iklan di TV.
Ramai yang melihat dan berbicara mengenai populariti beliau serta 'suara emas' nya tetapi wa pula melihat dari segi rezeki yang telah Allah tentukan. Walaupun beliau bukan beragama Islam tetapi rezeki beliau tetap ada dan telah di tentukan oleh Nya. Beliau cuma menagih simpati di tepi jalan dan usaha beliau untuk menyatakan kebolehan beliau hanya tertulis pada sekeping kertas yang selalu di bawa bersama untuk mengemis. Kertas yang dibawa itu telah menarik perhatian seorang penghantar barang untuk merakamkan aksi beliau berceloteh. Setelah rakaman itu di muat naik di laman You tube, maka bermulalah kehidupan baru buat Ted William.

14 comments

1:42 AM, January 14, 2011

nak upload video msk youtube gak la.. untung2 dpt jadi cam ana raffali ckp ler.. hehe..

7:52 AM, January 14, 2011

ezany :
Try ler upload. mana tau rezeki ko, boleh cipta satu fenomena baru di youtube. Fenomena Ezany-Kun .. he33

8:27 AM, January 14, 2011

wow!! kene uplod gak nti nih..
kot2 cik ana pun bleh jadi ana raffala..eh raffali..hihi

8:30 AM, January 14, 2011

mmg sedap la suara die
dahsyat eh..hehe

10:03 AM, January 14, 2011

sore aku pun sedap gak tapi yela...belum ada rejeki lg...koh3

10:14 AM, January 14, 2011

Salam...
Betul kata ko. Dah rezeki dia kan..
Dari Allah jua..

11:43 AM, January 14, 2011

betui, dah rezeki dia.

11:47 AM, January 14, 2011

hahha.. bnyak pendedahan media mamat ni.. perkara yg sama boleh berlaku pada mana2 individu..

6:13 PM, January 14, 2011

betoi tuh . rezeki semua ni datangnye dari-Nya. huhuhu:)

10:13 PM, January 14, 2011

erkkk bile masa aku lak kan wachak hahaha nak kayo kayooo huhu

7:00 AM, January 15, 2011

anamizu :
ana raffala tu. mcam jenama joran lak ... :)

Intan Izani :
memang sesuai jadi DJ kalu suara garau macam tu :)

mario :
dah upload ker sore ko. nk gak dengauuu ... :)

Iza + GC + Bena :
wsalam. yep !! sdah tertulis rezeki dia. Beliau pernah berada dipuncak kejayaan selepas itu mengalami saat kejatuhan akibat kesalahan diri sendiri akibat dadah + alkohol dan dia telah mendapat peluang kedua.

yusenze :
hanya individu yg dipilih oleh Nya.

Miss :
Kalu ko kayo wa pun nk tumpang sekaki bleh ?? .. he33

4:01 PM, January 15, 2011

wa..ketinggalan zaman sis ni, tak tahu pun sape dia ni.....jap lg nk dgr sore dialah..

12:17 PM, January 16, 2011

aah la kan wachak.. bileplak rezeki saya nak tibe?
hehehehe nak kawen !! wachak.. nnt saya kawen jemput datang bawak doa banyak2 bley x? aummmm

Anonymous
8:05 PM, January 16, 2011

masyukk. mura rezeki dia ;D

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.