Showing posts with label Browser. Show all posts
Showing posts with label Browser. Show all posts
26 September 2010

Bukan Niatku


Dengan berat rasa dihati wa terpaksa menduakan kamu. Kalau kamu tidak banyak menimbulkan kerenah sejak kebelakangan ini pasti wa akan setia padamu sampai bila-bila. Tahap kesabaran wa telah sampai kemuncaknya. Bila permintaan wa dirimu jawab dengan masej error ( siap 'hang' lagi pc wa ) bukan sekali tetapi setiap kali wa ingin melawat para sahabat maya wa.
Kini wa punya teman baru. Pada teman baru, ingin wa berpesan jangan 'banyak songeh' dan ikut kelakuan si musang ekor berapi itu. Jika tidak nasibmu akan jadi seperti dia juga ... hehehe


Jangan ditanya kenapa wa memilih safari menjadi teman baru wa. walaupun dia tidak sehebat musang ekor berapi tapi ke'ayuan'nya menarik perhatian wa. Besaukan pic jika anda tidak percaya. Ayukan dia ... keh33

ps: apa yg ko merepek ni. tidor ar. jam sudah pukul 5.00am.

23 September 2010

Firefox Error


Serigala ekor berapi wa buat hal malam ni. Sudah hampir sepuloh kali error. Tak boleh nak loading page blog korang. Bikin angin satu badan. Nak buat entry ni pun takut-takut error lagi. Kena taip cepat-cepat. Nak download browser lain pun  tidak boleh. IE awal-awal lagi wa sudah buang ~ semput ngalahkan org kena asma. emm ... padan muka wa. Nite

ps: lain kali parking browser lain dekat taskbar. Jangan syok dengan serigala ekor berapi jerk.ada paham !!
14 January 2010

Mozila Firefox VS Safari + Folck

~ Kali ni kita lupakan sekejap bab photoshop. Jiwa tengah kacau ni. Bila blogwalking masa loading blog tu lembab jer nk habiskan satu page. wa sekarang guna browser mozila firefox. wa rasa wa kena berubah angin lak. Nak cuba guna safari ngan flock la pulak. Tadi dok  ambil masa  dua jam gak wa godek browser safari ngan flock ni. ( itu pasal wa lambat start blogwalking ari ni  .... hehehe ) Ok gak masa yg diambil tuk loading sesebuah blog berbanding mozila firefox. Tapi bila wa nak setkan layout kat blogger ... hehehe ader masalah ar. Emm ...  terpaksa juga kena guna mozila firefox bila nak buat N3. Kalu korang nk cuba tukar angin ngan browser safari atau flock ni boleh downloand secara percuma dekat  website ni. Apa tunggu lagi ... percuma beb.enjoyyy