Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts
12 November 2010

Cara Mudah Buat Duit | Copy & Paste


Apa korang rasa bila kebanyakkan entry yang korang buat dengan idea korang sendiri ada dekat blog orang lain. Malas nak cerita banyak malam ni. Tidor lagi baik. Kalau layan sangat nanti naik darah. Sila tinggalkan komen atau cadangan. ThankQ

ps  :  nak cari keyword terjumpa pula benda yang lain.
pss : kalau kurang nampak kasi picit itu gambar.
20 October 2010

Jangan Buat Bising Boleh

Seisi menunggu. Ada ar dekat 30 orang. 

Jangan lupa hafal menda ni. Bila emergency tak lah terkial-kial

 
PS : Nyut ... nyut ... nyut ... berdenyut. Esok ar wa citer. nite

26 September 2010

Bukan Niatku


Dengan berat rasa dihati wa terpaksa menduakan kamu. Kalau kamu tidak banyak menimbulkan kerenah sejak kebelakangan ini pasti wa akan setia padamu sampai bila-bila. Tahap kesabaran wa telah sampai kemuncaknya. Bila permintaan wa dirimu jawab dengan masej error ( siap 'hang' lagi pc wa ) bukan sekali tetapi setiap kali wa ingin melawat para sahabat maya wa.
Kini wa punya teman baru. Pada teman baru, ingin wa berpesan jangan 'banyak songeh' dan ikut kelakuan si musang ekor berapi itu. Jika tidak nasibmu akan jadi seperti dia juga ... hehehe


Jangan ditanya kenapa wa memilih safari menjadi teman baru wa. walaupun dia tidak sehebat musang ekor berapi tapi ke'ayuan'nya menarik perhatian wa. Besaukan pic jika anda tidak percaya. Ayukan dia ... keh33

ps: apa yg ko merepek ni. tidor ar. jam sudah pukul 5.00am.

23 September 2010

Firefox Error


Serigala ekor berapi wa buat hal malam ni. Sudah hampir sepuloh kali error. Tak boleh nak loading page blog korang. Bikin angin satu badan. Nak buat entry ni pun takut-takut error lagi. Kena taip cepat-cepat. Nak download browser lain pun  tidak boleh. IE awal-awal lagi wa sudah buang ~ semput ngalahkan org kena asma. emm ... padan muka wa. Nite

ps: lain kali parking browser lain dekat taskbar. Jangan syok dengan serigala ekor berapi jerk.ada paham !!
21 September 2010

Gangguan Seks ..


Sejak dua tiga hari ni makin menjadi jadi pula serangan malware keatas blog-blog yang mempunyai back link yang ada iklan colour hijau tu. wa dengan ini terpaksa membuang sementara blog list  di blog wa bagi mengelakkan blog wa tidak di kunjungi tetamu. Sudahlah tetamu dekat blog wa ni ciput. Kalau berpanjangan menurunlah traffic keblog wa minggu ini. Bilalah agaknya nak selesai masalah ni. Jangan berjangkit pada nuff si malware ni sudah. Apa-apapun sila pastikan antivirus anda sentiasa aktive sebelum membuat kunjungan kemana-mana blog. Drive safely ... erk :P

~ tajuk entry tu sepatutnya dibaca seperti ini :  Gangguan. Seksa nya nk berblog walking  waktu ni ... harap maklong :P
19 September 2010

I'm Not Single

But available keh keh keh. Maaf kepada yang sudah ter 'berkenan' dihati. Kepada yang baru nak usha line dan kepada admire yang senyap-senyap meminati 'wachak'. Kepada yang rasa diri di 'ngorat' tu wa pun minta maaf juga. Kadang-kadang nampak wa macam nak ngorat tapi siapa tak kenal wa, kaki gurau. Gurauan wa memang macam tu maklumlah bekas kasanova kan. Kepada yang terasa  atas gurauan tu wa minta maaf. 
Sebenarnya bukan seorang yang sudah tahu status wa didunia maya ni tetapi sudah empat orang. Timbulnya untuk mengistiharkan status wa ni bukan apa, wa takut jadi salah sangka dikemudian hari kerana wa ni kaki gurau. Nanti orang salah anggap pula. Lagi pun setelah wa bagitau dekat empat orang status wa, mereka seakan menjauhkan diri dari wa. Sebelum tu boleh borak dekat YM sampei 3 / 4 pagi  sehingga lebam-lebam mata tapi setelah mengetahui status wa yang not single but available ni macam nak menjauhkan diri pula. Selepas  entry ni wa publish sapa-sapa yang nak menjauhkan diri dan buat-buat sibuk bila wa meyapa secara online tu wa sudah tak kesah. wa berkawan dengan niat ikhlas. Yang ikhlas nak berkawan saja yang dialu-alukan. Buat apa nak memberatkan dan menambah masalah yang telah sedia ada. Banyak benda lain lagi nak difikirkan.
  • Ini bukan entry melepaskan kemarahan  tapi entry nasihat ( baca dengan nada lembut )
  • Soalan cepu mas yg pernah ditanya bila sudah tau status wa : org lain jam ni ( 2/3 pagi ) dah peluk bini kenapa lu peluk pc. Bini lu x marah ke ??.
  • jawapan : wa tidur asing-asing. PULLSTOP. x payah nk citer masalah rumahtangga wa kat semua orang. HABIS.
  • Ubat yang mujarab untuk wa adalah bergurau. maaf kalau ianya pahit untuk anda.
wa dengan anak wa nombor dua ( berkopiah putih ). yg sulong ada dengan orang rumah. yang belakang tu anak-anak buah  / orang rumah abang wa. Tahun ni kebetulan semua colour pink.

18 August 2010

Baju Raya Colour Pink.


Tahun ni colour pink menjadi pilihan untuk baju melayu wa. Tahun ni juga wa terkena buat kali ketiga berturut-turut dengan tukang jahit. Korang tengok tempoh siap baju tu ( 27/07/2010 ). Minggu lepas hari minggu wa singgah ar nak amek baju tu. tailor tu cari punya cari kain yang wa bagi kat dia, tu emm ... masih lagi berikat belum bergunting lagi. Lepas tu buat janji manis  nak siapkan dalam minggu lepas  juga dan nak hantar terus ke rumah wa tapi sampei hari ni sudah masuk 10 hari, senyap jerk. Apa punya turrrr dah tailor ni. Korang yang ada tempah baju raya tu tanya-tanya ar tailor korang. Kalau tak, malam raya kena tunggu depan tailor tu macam wa tiga tahun lepas ... kui kui kui
13 August 2010

Keyword | Photoshop Tutorials CS4

 wa sangat-sangat teruja apabila blog republic guaOtai berada di kedudukan ke 7 melalui keyword photoshop tutorials cs4 versi blogspot semalam. walaupun sekejap tapi agak berpuas hati kerana berada di kedudukan nombor 7 daripada 80 500 senarai google berkaitan keyword photoshop tutorial cs4. wow !! tempat ke 7 dari 80 500 senarai carian google. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul. Kalu korang tak percaya coba korang picit gambau kat atas kasi besau. apamacam ?? ada percaya ... hehehe

 Tapi kan bila wa lihat di you tube channel  wa, perasaan teruja dan seronok tu telah di cabuli oleh satu comment bertaraf cipan aka tenuk. ciss ... dia gelak kan lagi kat video tutorial wa tu. wa tak respon  pun comment dia tu. Bagi wa orang macam ni kalu dilayan maka habislah sumpah seranah kuar kat you tube channel wa tu. Biar dia mati beragan menunggu respon wa kat situ. Mungkin hari-hari dia masuk channel wa untuk lihat sama ada wa bagi respon. Ha ha ha ... wa menangggg !! walaupun ada yang rasa tak puas hati tapi video tutorial wa ni sudah cecah ke 2320 views.

Notakaki :  Ingatkan yang comment wa ni pro ar dgn photoshop. Hajat hati nk ar nuntut ilmu sikit tapi  bila wa singgah kat channel dia emm ... hampeh. Jangan nak kata ada satu video tutor photoshop yang  boleh memberi manfaat pada pengunjung tapi habuk pon tarakkkkkk !! angin kus kus satu badan.
19 February 2010

Jiwaku Parah

 Macam mana leh jadi cam ni wa pun tak tau. Korang click gambor untuk tengok lbackink yang mendatangkan masalah kat blog wa ni. Dari semalam lagi virus trojan ni menyerang blog wa. Haihhh cam ni orang nak masuk blog wa pun dorang dah takut cause bila  virus tu dah lekat kat situ dan anti virus tu dah bagi warning, sapa yg berani duduk lama-lama kat blog wa ni .. huhuhu. Sapa-sapa ader idea  macam na nak kasi cuci sama ini virus. Kalu virus serang PC senang jer. Kasi cuci itu PC lepas tu reformat balik tapi dekat blog ni wa kurang arif. Bila tengok blog ni dah kena serang virus membuatkan wa takder mood nk ber 'blogwalking'. Maklumlah bila wa tinggalkan jejak selepas itu korang lawat balik blog wa ni dan anti virus korang bagi amaran ader virus, pastinyer korang tak tunggu lama kan. Kalu wa pun, wa tak tunggu lama-lama dekat blog tu. arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ...... jiwa kacau.

~ Ooiii ini bukan blog  L.U.C.A.H  arrrrrrrrrrr .......

21 January 2010

Surat Cinta Bersampul Putih


~ Sudah dekat empat hari wa terima surat bersampul putih ni. Tak tergerak di hati untuk membuka dan melihat isi kandungan nyer. Entahlah macam tiada yang dapat menarik hati wa untuk wa tatap apa luahan isi surat tersebut. Dari awal lagi wa dah dapat mengagak curahan rasa hati serta luahan rindu dendam nyer .... kui kui kui.
Ha ha ha ... ayat mukadimah boleh blah. Yang mana dah bekerja tu bila masuk tahun baru pasti terima borang EA ni. Bila nengok jumlah gaji untuk setahun banyak nyer tapi gi manalah semua duit kita tu ya. Kebiasaan ni surat pertama dari syarikat yang kita terima. Yang paling di tunggu sebenarnya surat kenaikan gaji bagi tahun berikut serta pengistiharan bonus.  Berapa lah wa dapat bonus tahun ni . Lagi satu surat lupa lak. citer .Surat dari 'lembaga' . Bukan lembaga hitam daa ...  tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri . weeiii jangan lupa bayar cukai ar 

PS:  Haluuu boss. wa bukan superman ar ....