wa sebenarnya kepenatan. Belum berihat lagi selepas bergotong royong pada pagi tadi. Selepas wa balik dari bergotong royong tadi, bila wa online saja ada masej dekat cbox yang ditinggalkan oleh Iza mengatakan wa telah di tag. Ini sudah ke sekian kalinya wa ditag oleh Iza. Rasa segan ( baca malu bukan malas ) bila di tag berkali-kali tapi belum berkesempatan untuk menjawabnya. Untuk tidak menghampakan hajat nya kali ini wa cuba selesaikan tag nya itu seperti yang dijanjikan petang tadi.
1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan kepada Iza ?
- masa wa nak dapatkan nickname / nama pena wa ni pun dekat tiga hari tiga malam duduk memikir. Masa baru mula kenal dengan dunia maya ni wa gunakan nickname / nama pena 'toing' ( jangan gelak ok ). Nickname Iza ni wa dapat secara spontan. emm .. wa kasi nama : sweety Iza . Ianya berdasarkan pada senyuman mu itu ( ikhlas memuji ni ) :P
2. Apa perubahan yang anda rasa perlu untuk blog iza ?
- Kasi buang itu recent visitor, gantikan visitor counter yg kecil macam histats punya supaya berat blog Iza akan berkurangan bawah 100 KB ( berat sekarang : 115.63 KB ). Loading pun boleh cepat sikit kan kan kan. Kalau Iza nak tahu siapa visitor blog jengok jer dekat dashboard hitstart. Boleh tengok sekali IP number dekat situ ( dekat dashboard blogger / nuffnang pun boleh juga tengok siapa pengunjung kita ).Menu exchange banner tu letak dekat rungan sajian ( bila membaca, mata wa tak boleh tengok ada benda yang bergerak sebelah tulisan ... ha33 ).
3. Apakah komen anda tentang blog iza ?
Blog iza mempunyai identiti sendiri. Kebanyakkan entry nya berilmiah. Jika menerangkan sesuatu ada rujukkan dan sumber dan kurang merapu meraban macam blog wa ... ha33.
4. Dapat diselesaikan jam 01.00am 271210.
***********************************
Jutaan terima kasih di ucapkan buat Iza kerana sudi menghantar hadiah berupa tali pinggang ( seperti di dalam gambar ). maaf, agak lambat berkongsi perasaan gembira menerima hadiah ini diblog. Memang hajat di hati untuk membeli satu sebelum ini. Rezeki wa kali ini, dapat free . Tidak perlu lagi wa beli kerana sudah di hadiahkan oleh Iza. Terima kasih daun keladi ya ... he33
~ Berbuat baik pasti balasan baik juga. percayalah ....!



