Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts
27 December 2010

Tag Dan Hadiah Lagi

wa sebenarnya kepenatan. Belum berihat lagi selepas bergotong royong pada pagi tadi. Selepas wa balik dari bergotong royong tadi, bila wa online saja ada masej dekat cbox yang ditinggalkan oleh Iza mengatakan wa telah di tag. Ini sudah ke sekian kalinya wa ditag oleh Iza. Rasa segan ( baca malu bukan malas ) bila di tag berkali-kali tapi belum berkesempatan untuk menjawabnya. Untuk tidak menghampakan hajat nya kali ini wa cuba selesaikan tag nya itu seperti yang dijanjikan petang tadi.

1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan kepada Iza ?

  • masa wa nak dapatkan nickname / nama pena wa ni pun dekat tiga hari tiga malam duduk memikir. Masa baru mula kenal dengan dunia maya ni wa gunakan nickname / nama pena  'toing'  ( jangan gelak ok ). Nickname Iza ni wa dapat secara spontan.  emm .. wa kasi nama :  sweety Iza . Ianya berdasarkan pada senyuman mu itu  ( ikhlas memuji ni ) :P

2. Apa perubahan yang anda rasa perlu untuk blog iza ?

  • Kasi buang itu recent visitor,  gantikan visitor counter yg kecil macam histats punya supaya berat blog Iza akan berkurangan bawah 100 KB ( berat sekarang : 115.63 KB ). Loading pun boleh cepat sikit kan kan kan. Kalau Iza nak tahu siapa visitor blog jengok jer dekat dashboard hitstart. Boleh tengok sekali IP number dekat situ ( dekat dashboard blogger / nuffnang pun boleh juga tengok siapa pengunjung kita ).Menu exchange banner tu letak dekat rungan sajian ( bila membaca, mata wa tak boleh tengok ada benda yang bergerak sebelah tulisan ... ha33 ).

3. Apakah komen anda tentang blog iza ?
Blog iza mempunyai identiti sendiri. Kebanyakkan entry nya berilmiah. Jika menerangkan sesuatu   ada rujukkan dan sumber dan  kurang merapu meraban macam blog wa ... ha33.
4. Dapat diselesaikan jam 01.00am 271210.

*********************************** 
Jutaan terima kasih di ucapkan buat Iza kerana sudi menghantar hadiah berupa tali pinggang ( seperti di dalam gambar ). maaf, agak lambat berkongsi perasaan gembira menerima hadiah ini diblog. Memang hajat di hati untuk membeli satu sebelum ini. Rezeki  wa kali ini, dapat free . Tidak perlu lagi wa beli kerana sudah di hadiahkan oleh Iza. Terima kasih daun keladi ya ... he33


~ Berbuat baik pasti balasan  baik juga. percayalah ....!
05 December 2010

Fenomena Berblog walking | Bloglarian


Sekarang ni ramai yang telah mencipta pelbagai cara untuk lebih memudahkan para blogger untuk berblog walking. Ada yang mencipta cara berblog walking  secara sah dan ada yang cuba melakukannya secara haram. Mana-mana yang mendatangkan keuntungan pada sebelah pehak saja tu harap-harap janganlah digunakan. Daripada ingin mendapat traffic dan income, tidak pasal-pasal akan di ban oleh para blogger seperti kes blog walking secara auto tempoh hari.
wa nak ucapkan terima kasih pada eizza kerana telah tag wa untuk kempen Bloglarian ni. wa rasa ada kelebihan untuk berblog walking dengan kaedah seperti ini. Jimat masa dan ruang. Cuma buka satu tab saja dan setiap page blog tersebut mengandungi hingga lima blog yang berlainan. Kalau nk joint tu tengok syarat-syaratnya disini. Jikalau ada masih lagi keliru setelah membaca entry wa ni anda semua boleh melihat tutorial bergambar yang telah disediakan dibloglarian ( klik bahagian tutorial ).

Syarat pertama : Slogan 
  • Saya suka berblogwalking kerana selain dapat menambah ilmu pengetahuan melalui entry yang telah disediakan oleh para blogger saya juga dapat meramaikan lagi kenalan dan sahabat. saya sebenarnya pendiam sebelum ini ( mungkin sifat pemalu itu tinggi ) dari aktiviti berblogwalking ini saya dapat menambahkan keyakinan diri untuk bersembang dan bertukar-tukar fikiran.
Syarat yang kedua : Tag tiga orang blogger
Yang mana wa sudah tag tu kalau ada kesempatan sertailah ya. mana tau selepas ni blog korang akan meletup-letup traffic nya .. he33
05 March 2010

Kena Tag Lagi

wa cuba juga jawab tag yang dikenakan keatas wa oleh mcsue ngan arieza ni walaupun ubat batuk yang wa makan tadi sudah menampakkan kesan nyer. sowey wa tengah lalok ar ...

1) Adakah anda rasa hot ? 
~ Tadi pergi klinik doktor tu kata wa ni memang tengah hot kat dalam 38.7'C. Kalu temp tak turun gak kena cek darah.

2) Upload wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.


3) Ceritakan pasal gambar wallpaper tu
~ wanita ni dalam sempoi ader brutal nyer. Kadang2 lelaki kurang sedar yang kecantikkan seseorang wanita itu boleh membunuh terutama sekali membunuh perasaan .... ha ha ha. wa larikkkk ....

4) Bila kali terakhir makan pizza ?
~ wa suker makan pizza tapi dah tak ingat bila kali terakhir makan pizza ni.

5) Lagu terakhir anda dengar ?
~ Disana menanti disini menunggu dari ukays .. hahaha
 Kalu korang nak layan sama bolehlah layan Dekat cni

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
~ Ingat nak buat roti telur tapi tak jadi sebab  dah beli char kuey teaw goreng. Sarapan, makan ubat dan duduk depan PC.

7) Selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?
~ wa, wachak, chak, ajoi, joe, zul dan  ' y ' ...... ha ha ha

8) Tag lagi 8 orang.
~ Semua kenkawan yang rapat dan kurang rapat dengan wa dah jawab pun tag ni ... huhuhu

wokey wa terpaksa stop kat cni. wa berader dalam keadaan lalok tahap cipan. kalu wa ader kat luar ni, kena lak tahan dengan polis ..lepas tu buat urine test, emm memang kantoi ....
30 January 2010

Tag Dari McSue

 
Aduyai. ape ke mimpi adek sue ni kasi tag sama wa. Tapi tak apa. wa dah lama tak up date blog ni. Boleh bikin N3. So wa jawab sambil lalu jerk.

1) Where is your cell phone ?
~ Ader dalam porch bag dekat suar jeans gantung belakang pintu.

2) Relationship ?
~ Biar ar rahsia .. hahaha masuk ni dan dalam minggu ni dah dua kali org yg berbeza tanya ... kenapa mereka perihatin eeiikk ... berminat kot .. hehehe

3) Your hair ?
~ Dulu panjang, lepas kena sound ngan personnal dept wa potong tapi rambut kan panjang balik. eh !  yang buat  kejer bukan rambut tapi wa ar ..

4) Work ?
~ wa baru lancarkan perang saiko ngan branch manager. Mungkin kena tukar dari jawatan superb yg wa sandang sekarang ke dept lain. Tengah nunggu blk & wht dari big boss .. hehehe

5) Your sister ?
~ Adek pompuan ader dua orang.Sowey ..dah ader yg punyer ...

6) Your favorite thing ?
~ My computer ... macam2 dia boleh buat ... oiit jangan ingat lain ar ...

7) Your dream last night ?
~ Nak mimpi cam no kul 3 / 4 pagi baru nk tidor

8) Your favorite drink ?
~ Teh o suam + lemon + madu

9) Your dream car ?
~ Peugeot 308 VTi .. pherrghhh lawa siot ...


10) Your shoes ?
~ Dulu ader kasut kulit cap boya ngan alain delon. masa tu kejer kat Metrojaya. Tapi sekarang lenjan cap asadi jerk.

11) Your fears ?
~ Kehilangan emak dan abah dalam waktu terdekat ni .... Ya Allah. Kau panjangkan lah hayat kedua orang tua ku, murahkanlah rezeki mereka dan permudahkanlah segala urusan mereka.

12) What do you want to be in 10 years ?
~ Ader busines sendiri cam abah dulu

13) Who did you hang out with last weekend ?
~ wa bukan kaki merayap. minggu lepas dok rumah jerk.

14) What are you not good at ?
~ feeling ~ selalu pendamkan perasaan marah sampai cam nk pecah pala ... luahkan takut kecik hati org lain, pendamkan tekanan darah naik .. huhuhu

15) One of your wish items /
~ Last 2 week baru dapat .. hehehe. Nokia N96

16) Where you grew up ?
~ Kuala Lumpur ibu negeri

17) Last thing you did ?
~ Chat ngan ida kat cbox. dia offer pad herba .. kah kah kah bukan tuk wa ar tapi tuk mak ngan adek2. Kalu tampon oder ngan mcsue jerk .. hehehe

18) What are you wearing ?
~ Suar sekerat paras lutut

19) What aren't you wearing ?
~ Baju ngan suar kechik ... panas siot cam nk hujan tapi x hujan. wap tanah kat luar dah naik .. huhuhu

20) Your pet ?
~ Dulu Hamster dah bagi org. x leh tahan bau kenching dia. Ikan ... x larat nk tukau air ... sekarang bela bil / surat bank / flyers / paper dalam itu akuarium ... surat khabar lamaaaa ...

21) Your computer ?
~ Acer aspire

22) Your life ?
~ Rasanyer lebih baik dari dulu tapi ... emm ader yg kurang lagi


23) Missing ?
~ Mak ngan Abah ngan X kat AS ngan member2 metrojaya 

24) What are you thinking about righ now ?
~ Kenapa selalu org salah tafsir setiap kebaikkan yg wa lakukan ... sob sob sob

25) Your car ?
~ SLK year 2001.. dah antik ar

26) Your kitchen ?
~ Apa pasal panjang sangat tag ni ,,, huhuhu kichen ader satu jerk

27) Your favourite colour ?
~ Biru kebiruan tiada lain selain biru

28) Last time your laughed?
~  Masa nengok kat chat box tadi si Miss Lolly panggil wa SAYANG kali kedua ... woiit jangan goda wa ar ..nanti wa kena angau susah woo ... hehehe

29) Last time you cried ?
~ Nangis tersedu sedan x pernah lagi  tapi bergenang air mata  masa  panjatkan  doa kat tag no. 11  tadi. ( sila rujuk kembali )

30) Love ?
Aiikk tanyer lagi .. kat somebody ar ( ayat penyedap ). korang agak saper ....hehehe

31) So who wants to share their ones?? How about ??
Ape ke menda soalan ni .... kalu direct translate ( betul ke wa eja ni ) lain macam jerk soalan ni ...