Showing posts with label Klinik. Show all posts
Showing posts with label Klinik. Show all posts
28 October 2010

Di Ajak Dating Lagi


Maaf pada member-member maya wa sekalian. Nampak gayanya wa terpaksa memperlahankan aktiviti meronda ke blog anda kerana kesihatan wa tidak mengizinkan. Buat masa sekarang rutin untuk berblog telah di kurangkan. Selepas solat isyak mata ni sudah menunjukkan tahap kemengantukkan, bukan dibuat-buat. Paling lewat wa boleh bertahan sehingga jam 11.00 malam sahaja. Oleh itu jika wa tidak singgah ke blog anda SILA jangan berkecil hati erk.
Hari yang dijanjikan untuk ber'dating' telah selesai pagi tadi. Setengah botol darah sudah diambil bagi tujuan pemeriksaan Thalassemia Alpha. Ingatkan sudah selesai bilamana darah wa telah di ambil tapi di tahan semula untuk pemeriksaan lanjut bagi blood pressure. Kali pertama bacaan yang diambil oleh nurse 181/110. Mak aii tingginya bacaan. ( wa bukan boleh duduk dekat-dekat dengan pompuan, nak lak yg chomel-chomel. Berdebar-debar der. Itu pasal bacaan tinggi ... kih33 ). Setelah di suruh rehat seketika dan tarik nafas dalam-dalam, pemeriksaan kali kedua, bacaan menunjukkan 161/100. Bacaan masih melebihi takat normal dan wa di minta tunggu untuk berjumpa doktor chomel. Bila berjumpa doktor dan dijalankan pemeriksaan bacaan menunjukkan 160/ ?? ( bacaan dekat bawah ni tak sempat nak tengok, tempat periksa tekanan darah yg doktor punya bukan digital )
Fakta daripada doktor yang tidak sedap didengar adalah : 
  • Penyakit tekanan darah tinggi ini adalah penyakit seumur hidup
  • Ubat hanya untuk menstabilkan tekanan darah dan bukan untuk mengubati penyakit ini.
  • Ubat yang bakal di beri dekat wa mungkin akan mengganggu sistem buah pinggang.
Justeru itu pemeriksaan darah buat kali kedua akan dilakukan pada 02 november 2010 ( kali ni dua botol tabung uji tu ) untuk memastikan bahawa ubat yang diambil itu serasi dengan tubuh wa dan tidak menggangu sistem buah pinggang wa.
21 October 2010

Dating Dengan Doktor Lagi


Dua hari lepas dengan doktor gigi dan hari ini terpaksa berdating dengan doktor lagi. wa rela dalam keterpaksaan menunggu sehingga tiga jam  untuk seisi rawatan kali ini ( doktor chomel - chomel belaka ... keh33). Syukran untuk blood test hari tu tiada apa-apa yang tidak normal ( Beta Thalassemia Trait ) yang dapat di kesan tapi ada sikit penurunan pada Hemoglobin. Kena ambil darah lagi sekali untuk pemeriksaan kali kedua pada 28 oktober 2010 (  Talasemia Alfa ). wa sebenarnya blur tadi masa doktor terangkan  keputusan ujian darah tu sebab banyak sangat istilah cinta sains kedoktoran yang disebut oleh si chantek manis doktor tu. Secara keseluruhan untuk ujian darah tersebut menunjukkan wa bukan pembawa atau mengidap Beta Thalassemia Trait. Apa pun kena buat ujian kedua pada 28 haribulan ni dan tunggu keputusan bagi Talasemia Alfa.

ps : Tekanan darah wa naik lah pulok 151/100. Angkara melayan mee hoon sup tulang  ngan roti nan  cicah kari kambing hari-hari lah ni ... hu33
20 October 2010

Jangan Buat Bising Boleh

Seisi menunggu. Ada ar dekat 30 orang. 

Jangan lupa hafal menda ni. Bila emergency tak lah terkial-kial

 
PS : Nyut ... nyut ... nyut ... berdenyut. Esok ar wa citer. nite