Showing posts with label Wallpaper. Show all posts
Showing posts with label Wallpaper. Show all posts
01 January 2011

New Year 2011 | wallpaper


Kalau ada sesiapa yang perasan, sudah hampir tiga hari wa menghilangkan diri ( ada yang kerinduan x .. he33 ).  sekarang ini wa tengah sibuk dengan ' year end stock take' tempat wa bekerja. Maaf pada member-member yang singgah ke blog wa tapi wa tidak dapat berkunjung ke blog anda. wa akan muncul balik selepas kerja-kerja wa selesai nanti. Kepada anda  yang nak wallpaper baru untuk menghiasi desktop PC atau lappy anda sempena tahun 2011 ni jangan segan silu untuk sedut wallpaper diatas yang telah wa design ini. Jangan lupa klik kasi besar dulu kemudian baru sedut. Happy new year.
27 August 2010

Wallpaper | Cikmin.com

picit gambar untuk view yg lebih menarik
Sambil-sambil bermain-main dengan CS4 photoshop ni wa buatkan wallpaper untuk cikmin.com yang bertemakan hariraya.  Maaf ya cikmin kalau tidak dapat memuaskan hati. Malam ni susah pula nak perah idea untuk di curahkan atas screen cs4 ni. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi jadi wa terpaksa berhenti setakat ni dan hasil wallpapernya seperti diatas. Kalu ada masa yang terluang  wa kasi bikin yang lain. Harap-harap sudi cikmin gunakan wallpaper ni dekat pc / lappy cikmin buat seketika.
22 October 2009

Wallpaper | Khat


Bertukar angin lah untuk kali ni. Dari banner kepada Wallpaper untuk background komputer. Gua cari juga kat ternet wallpaper yang ada bertulisan khat tapi agak kurang yang men' design ' nyer lalu gua pun cuba lah buat. Ni first time buat. Sesiapa yang berkenan tu gua halal kan korang men ' download ' nyer. Enjoy !!