18 September 2010

M Rajoli Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.
M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis. Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok. Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

 

Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham dan Al Fatihah buat  arwah.

: sumber berita.

11 comments

3:25 AM, September 18, 2010

al-fatihah.. semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.. amein..

3:56 AM, September 18, 2010

Maiyah + ezany :

..... aminn !!

7:18 AM, September 18, 2010

al fatihah...

banner baru ekk? ada kaler pink2 tu hehehe lalala

9:04 AM, September 18, 2010

alfatihah utk Allahyarham..

9:05 AM, September 18, 2010

al-fatihah.

10:17 AM, September 18, 2010

al-fatihah utk arwah..
semoga roh beliau dicucuri rahmat..amin..

10:46 AM, September 18, 2010

Salam...

Innalillah.....Al-Fatihah....
Takziah utk keluarga arwah

12:53 PM, September 18, 2010

al-Fatihah...

2:06 PM, September 18, 2010

Al-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman..

11:02 PM, September 18, 2010

Al-Fatihah buat arwah...muga rohnya ditempatkan disisi insan2 yg beriman..

12:48 PM, September 19, 2010

al-fatihah ^_^

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.