19 September 2010

I'm Not Single

But available keh keh keh. Maaf kepada yang sudah ter 'berkenan' dihati. Kepada yang baru nak usha line dan kepada admire yang senyap-senyap meminati 'wachak'. Kepada yang rasa diri di 'ngorat' tu wa pun minta maaf juga. Kadang-kadang nampak wa macam nak ngorat tapi siapa tak kenal wa, kaki gurau. Gurauan wa memang macam tu maklumlah bekas kasanova kan. Kepada yang terasa  atas gurauan tu wa minta maaf. 
Sebenarnya bukan seorang yang sudah tahu status wa didunia maya ni tetapi sudah empat orang. Timbulnya untuk mengistiharkan status wa ni bukan apa, wa takut jadi salah sangka dikemudian hari kerana wa ni kaki gurau. Nanti orang salah anggap pula. Lagi pun setelah wa bagitau dekat empat orang status wa, mereka seakan menjauhkan diri dari wa. Sebelum tu boleh borak dekat YM sampei 3 / 4 pagi  sehingga lebam-lebam mata tapi setelah mengetahui status wa yang not single but available ni macam nak menjauhkan diri pula. Selepas  entry ni wa publish sapa-sapa yang nak menjauhkan diri dan buat-buat sibuk bila wa meyapa secara online tu wa sudah tak kesah. wa berkawan dengan niat ikhlas. Yang ikhlas nak berkawan saja yang dialu-alukan. Buat apa nak memberatkan dan menambah masalah yang telah sedia ada. Banyak benda lain lagi nak difikirkan.
  • Ini bukan entry melepaskan kemarahan  tapi entry nasihat ( baca dengan nada lembut )
  • Soalan cepu mas yg pernah ditanya bila sudah tau status wa : org lain jam ni ( 2/3 pagi ) dah peluk bini kenapa lu peluk pc. Bini lu x marah ke ??.
  • jawapan : wa tidur asing-asing. PULLSTOP. x payah nk citer masalah rumahtangga wa kat semua orang. HABIS.
  • Ubat yang mujarab untuk wa adalah bergurau. maaf kalau ianya pahit untuk anda.
wa dengan anak wa nombor dua ( berkopiah putih ). yg sulong ada dengan orang rumah. yang belakang tu anak-anak buah  / orang rumah abang wa. Tahun ni kebetulan semua colour pink.

28 comments

11:42 PM, September 19, 2010

Salam...

Tu dia......pengakuan berani seorang casanova yg telah tamat tempoh....
Tak sangka ramai jgk peminat dlm diam ek....hehe. Lepas ni, akan ada la yg frust menonggeng....hikhikhik...

11:50 PM, September 19, 2010

yeay....nak ngorat si kopiah putih,boleh???

11:59 PM, September 19, 2010

Iza :
Ramei weii sampei wa lak naik seram.
Perempuam sekarang berani2. dorang
sound direct punya. Tapi bila kuciwa
tu yang menjauhkan diri.

~ pembetulan. Perkataan 'casanova'
tu untuk penyedap ayat bagi entry
ni. Harap maklong ... keh33

Cik Jari :
Kena booking dulu. ramei peminat
tu. Like father like son ... ha33

12:09 AM, September 20, 2010

haha biasalah tu ada yang datang dan pergi, kita ni nak berkawan ikhlas..

sob.. sob.. sedih cerita ko wachak, eh ni cerita sedih ke? miahahaa gurau2 je

12:29 AM, September 20, 2010

padin :
Kadang2 orang salah sangka atas niat
kita berkawan tu. Bila kita mesra
dia ingat kita nk ngorat tapi
sebenarnya kita rasa selesa berkawan
dan x lebih dari itu. Sebab tu wa
buat entry ni. wa mudah mesra ngan
sesiapa takut ada yg salah sangka.

ps : lepas ni gadis desa tu x der ar
lagi panggil wa anak teruna ... keh33

12:39 AM, September 20, 2010

wak, saya keciwa ni...
tak per, memang Allah sengaja menemukan dengan orang yang salah (meh baca entry ni kat blog DJ)


:P miahahahahaa...

12:41 AM, September 20, 2010

Dahlia :
kah33 ... wa dah gelak gulink2 ni ...

1:46 AM, September 20, 2010

dorg takut kena cop kacau umah tangga org lain kot.. :)

4:18 AM, September 20, 2010

perghhh.. baru nak ngorat.. melepas aku.. kuciwa dah nie.. hahha.. tingkatkan prestasi elakkan kontroversi.. bagus gak pengakuan macam nie.. tapi memang best bila berkawan.. kadang2 nak bergurau tapi ade orang siyes plak..

7:55 AM, September 20, 2010

ezany :
mungkin juga tapi kalau niat
ikhlas nk berkawan x timbul soal
nk kacau rumah tangga org lain. Betul tak ??
~ yg menjauhkan diri tu mungkin ada
disebalik niat tu. Dorang jer yang
tahu kan

chaon :
u nk ngorat i ... awww awww. i x rela u .. keh33
sebab tu kita kena sensitif dan
pandai mengagak mood seseorang
semasa online. Kalau org tu kaki
gurau tiba2 dia serius kita kena
paham ler. x kan kita nk gurau
24jam. ilmu physiology kena tau
ckit2 der ...he33

8:24 AM, September 20, 2010

tak sangka dh beranak pinak rupenye
apa2pun semoga bahagia jalani kehidupan chak

org yg menjauhkan diri tu
niat die baik
mungkin takut dikata menggatal ngan laki org

;)

10:22 AM, September 20, 2010

gua nak ngorat lu nih, boleh? hahaha.

12:35 PM, September 20, 2010

xpa bro..kasanova sikit2..gurau2 manja still boleh lagi...xpe bini ko memahami..;)

4:06 PM, September 20, 2010

ceh baru nak ngurat...chaon potong line...wakaka

err,,,sabau jela bro..psl tu kdg2 org2 cam kita ni hanya sesuai baca2 je jadi silent reader...psl tu jgk kdg2 aku rasa nak delete je blog...rasa dah tak sesuai nak main blog lg...

errr...apa2 pun aku hrp semuanya dpt diselesaikan secara terbaik yer...

7:53 PM, September 20, 2010

Intan :
Tu belum tengok org nya lagi
secara berdepan ... keh33
Yg tiga perempuan tu tak kisah ar
kalu alasan dia takut menggatal
ngan suami orang tapi yg sorang
lelaki tu apa cer !! Dengan tiba2
senyap jer YM dia bila wa bagi tau
wa ni dah ada anak dua. Lepas tu
tinggal pesanan kat chatbox kata
line ternet prob. Dan selepas hari
tu terus sengappp x masuk2 wa punya blog.

Black_mel :
Perkataan kasanova tu penyedap
ayat der. Lepas ni confirm ar x
der lagi yg sudi gurau2 manja ngan wa ... wakakaka

PERHATIAN : Bini wa sentiasa
memantau blog ni. Lebih kerap pada
hari sabtu sebab dia cuti wa kerja
pada hari sabtu.

mario :
Ini diskriminasi secara senyap.
apa !! org macam kita x leh
berblog ker. Yg menjadi masalah
nya sikap org melayu. Bila kita
rapat ngan seseorang yg berlainan
jantina dia cop kita ada scandal.
Dunia udah berubah zaman udah maju
tapi kepala hotak tak berkembang
seiring dengan kemajuan. Nak buat
scandal ngan pompuan takat di
ruangan cyber ni mana ada rasa
bro. Tapi kalau dah ajak berjumpa
tu secara berdua-duaan.... awas !! Itu permulaan scandal yg sebenar. peace no war pada yg terasa.

7:56 PM, September 20, 2010

Gadis comel :
alahai tertinggal lak ... nak ngorat wa ya. ko tunggu bini wa bagi komen kat blog ko. ada berani ker jadi yg nombor dua ... keh33

8:23 PM, September 20, 2010

wachak la x single ke ko?? ekeke
bkn pe aku tgk ko rajin pegi bazar bln pose..selalu yg bujang2 je layan bazar ni hehehehehe..tp siyes arr yg pakai kopiah tu mmg comel hailah hailah ;)

8:44 PM, September 20, 2010

miss :
Kenapa. x percaya ya ( baca macam iklan tv ) ... keh33
wa bagi dia cuti memasak sebulan. tu pasal selalu ada dekat bazar ramadhan. Lelaki mithali lah katakan ... keh33
Ya ka chomel. Baka baik der ... wakakaka

9:53 PM, September 20, 2010

haha. kalo bini lu baca blog gua pun gua tk kisah. haha

hai kak. keh3x

10:40 PM, September 20, 2010

gadis comel :
cover line ar tu ... keh33

11:48 PM, September 20, 2010

xpe wachak.lepas pengakuan kamikaze ni aku rasa kau akan dpt kwn² yg mmg ikhlas nk bkawan

12:22 AM, September 21, 2010

Dark Half :
Thanks support wa. wa ikhlas sebab
tu wa buat entry ni. malas nk tipu2.
Kalau tipun lama-lama org tau gak kan.

8:01 PM, September 21, 2010

hehe..comelnyeee anak wachak...huhu...nak je picit2 pp
ok2..xpe..bira xjauhkan diri dah ye pasni..

weeeeeeeeee~

8:32 PM, September 21, 2010

Nenek Moden :
Kalau anaknya biey nk picit, kalu
dah tengok ayah nya tak tau apa biey
nk buat ... keh33

ya lah tu .... :P

9:34 PM, September 21, 2010

ala wachak.. sebenarnye maybelah mereka mengelakkan diri tu sebab takut isteri wa menyerang dia.. lagipun nak buat ape layan suami org kan.. nanti tak pasal2 kerana kita rumahtangga org berantakan..
hati ni sukar nak dijangka.. kdg2 leh menyukai suami org.. so sebelum terjebak ke arah yg lebih parah..kemungkinan besar mereka mengambil langkah tuk mengelakkan diri..
hati kan sukar nak dijangka.. :)

tul tak?

10:06 PM, September 21, 2010

LadyBird :
~ Dah dekat setahun wa jadi
blogger dan sepanjang tu ramei dah
bergurau senda, bermanja-manja
ngan wa kat chatbox. x der sekali
pun org rumah wa gi serang blog dorang.

~ org rumah wa bukan tak tau
'wachak' tu siapa. blog wa pun dia
tahu. cuma dia ada cakap pandai2
lah nk bezakan. ( bukan dia tak risau tapi dia tau perangai wa )

~ sebenarnya kita berkawan ni
bergantung pada niat. Kalau niat
tu dah serong, maka seronglah jadinya.

6:24 PM, September 24, 2010

hah!baru ni dpt masuk blog wa..dah dua tiga hari tak online..smlm pulak buka2 pc keluar yg mmcm wa buat kat satu entry di atas,..nak sign in tk boleh..mujur boleh gak melawat blog kwn2 cuma blog wa langsung tk boleh bukak,tak tahu nape..naapaak tulis blurr je.....ni guna kat opis jap sblm balik..

sis tak kisah sebenarnya dgn sape pun berkwn..hsb org ke bujang ke adik ke abg ke..janji ikhlas..tp wa buat pengumuman penting ni bagus gak..mudah2an selepas ni tkdelah yg nak letak ati kat wa...betul tak..

so pandai2lah bila berkwn nnti..

2:08 AM, September 25, 2010

Sis Ida :
~ patut ar sis x singgah blog wa.
masalah tu dah selesai sis. ada
malware kat sesetengah blog.

~ lepas ni senang ckit . x der yg
tertanya-tanya. Betul kata sis,
berkawan biar ikhlas so x der lagi
yg anggap kita berkawan ada niat yg lainkan :)

Post a Comment

PERHATIAN ! Sebarang komen yang mempunyai URL akan di 'REMOVE' melainkan dalam bentuk text sahaja. Harap Mak Long.